Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Kami tak berani makan’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Kami tak berani makan’

Sebuah keluarga di Kampung Paya Kelubi di sini tidak berani menjamah buah betik “pelik” yang dipetik di hadapan rumah mereka.

Mohd Zulkarnain Khamis, 33, berkata, betik yang dipotong ibu mertuanya, Nor Hayati Dahaman, 53, mengandungi suatu ketulan besar seakan-akan telur di dalamnya.

“Sejak ditanam setahun yang lalu, pokok terbabit mengeluarkan buah yang normal dan saiznya sama seperti betik biasa.

“Tetapi buah yang dipetik kali ini sangat berlainan, bukan sahaja buahnya mengandungi ketulan aneh, malah biji betik juga tidak ada walaupun sebiji,” katanya.

Katanya, beberapa orang kampung yang datang melihat keajaiban itu berpendapat ketulan berkenaan mungkin telur betik.

“Saya tidak pasti ia telur betik atau sebaliknya, tetapi kami sekeluarga hanya menyimpan betik itu dan tidak berani menjamah buah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sekiranya keluarga berkenaan takut untuk menjamah buah berkenaan kerana bimbang terdapat racun atau seumpamanya yang berbahaya kepada kesihatan, maka itu sesuatu yang bagus kerana menjaga keselamatan secara rasional.

“Namun, sekiranya mereka bimbang ada kuasa ajaib ataupun pantang larang khurafat tertentu maka itu haram, dan ia dilarang oleh agama. Malah, alam ini sebenarnya jauh lebih dahsyat dari sebiji betik,” katanya.

The post ‘Kami tak berani makan’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o6f00N

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.