Selagi Masih Muda, Merantaulah Sejauh Mungkin. Cari Rezeki Di Negeri Orang Tapi Jangan Lupa Pulang
Memang menjadi impian setiap orang untuk merantau ke luar negara. Meraih kejayaan dan membanggakan kedua-dua orang tua. Namun, pasti ramai di antara kita yang tidak tahu apakah langkah pertama yang harus dilakukan? Jawapan mudahnya adalah merantaulah.
Ramai yang mempunyai cita-cita ini terpaksa melupakan impian mereka ini kerana gagal untuk memulakan langkah pertama mereka. Perasaan ragu-ragu untuk meninggalkan kampung halaman tercinta dan kehidupan sedia ada yang memang sudah selesa sentiasa menyebabkan ramai membatalkan hasrat mereka untuk mengembara.
Tetapi ramai tidak tahu, bahawa itulah sedikit pengorbanan dan harga yang harus kita bayar demi meraih impian dan membahagian kedua-dua orang tua kita yang telah menjaga kita sejak dari kecil lagi.
Berada jauh dari zon selesa mampu mencorakkan keperibadian yang lebih matang dan pemikiran yang lebih dewasa. Kita akan belajar untuk menghadapi saat-saat sukar tanpa memerlukan bantuan orang lain. Tanpa bantuan dari keluarga dan ibu bapa. Secara tidak langsung, ini dapat membuatkan kita untuk menjadi lebih berani membuat sesuatu keputusan tanpa ragu-ragu.
Sekiranya di kampung kita di kampung merupakan anak kepada orang kaya atau ternama, tetapi di tempat orang, tiada siapa yang tahu siapakah kita sebenarnya. Kita menjadi seorang yang berdikari tanpa memerlukan bayang-bayang ibu bapa kita untuk menghulurkan bantuan.
Kita perlu menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dengan segala perbuatan kita. Sikap bongkak dan ego yang tinggi akan terkikis secara semulajadi saat kita mula belajar untuk menghormati peraturan sosial.
Di tempat orang, kita berpeluang untuk berkenalan dengan rakan baru dari pelbagai latar belakang yang mempunyai pelbagai karakter dan perangai. Pengalaman ini secara tidak langsung membuatkan kita lebih mahir untuk mengenali jenis-jenis orang yang berbeza.
Memang tidak selamanya merantau itu dapat memberikan semua yang indah-indah kerana mungkin, banyak perkara mengecewakan yang bakal kita hadapi. Namun, ianya bukanlah alasan untuk kita kekal di dalam zon selasa kita buat selama-lamanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oKqV7W✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment