Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Penjawat Awam, Penghantar Barang Didakwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Penjawat Awam, Penghantar Barang Didakwa

Spread the love

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam, semalam.

Muhammad Nur Rabbani Shariffuddin, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Muhammad Nur Rabbani didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Muhd Farzli Muhamad, 32, yang sedang menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut, di sini, pada 10.15 pagi, 19 Feb lepas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilla Noordin menawarkan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam Eric Paulsen memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mampu membayar jaminan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyqo6v

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.