Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tombo Enterprise Nafi Menggaji Suspek Pembunuhan Kim Jong-nam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tombo Enterprise Nafi Menggaji Suspek Pembunuhan Kim Jong-nam

Spread the love

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Tombo Enterprise Sdn Bhd, Chong Ah Kow menafikan warga Korea Utara Ri Jong Chol, suspek lelaki dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, yang ditahan Sabtu lepas, bekerja dengan syarikatnya seperti yang dilaporkan media.

Chong berkata Jong Chol adalah orang perantaraan bagi menjalankan urusan perniagaan berkaitan produk kesihatan merawat kanser kepada syarikatnya yang beroperasi di Cheras sejak 2013.

“Saya mengenali Jong Chol melalui pakciknya Dr Mun Ho, seorang saintis di Korea Utara yang memperkenalkan anak saudaranya itu pada 2013 selepas berbincang mengenai produk ekstrak cendawan bagi merawat kanser sekitar 1998 hingga 2000,” katanya kepada wartawan yang berkumpul di pejabatnya petang ini.

Syarikat itu menjadi tumpuan petugas media berikutan laporan media yang menyatakan Jong Chol bekerja di Jabatan Teknologi Maklumat, Tombo Enterprise Sdn Bhd. Beberapa wartawan asing turut berada di premis syarikat itu untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Chong, yang tenang menjawab soalan yang diutarakan petugas media, menjelaskan kali terakhir beliau berhubung dengan Jong Chol adalah melalui aplikasi WhatsApp pada Jumaat, sehari sebelum lelaki Korea Utara itu ditahan polis.

Menurut Chong, komunikasi melalui WhatsApp itu bagaimanapun dilakukan dengan bantuan anak perempuan Jong Chol, yang bertindak sebagai penterjemah bagi bapanya kerana Jong Chol tidak fasih berbahasa Inggeris.

Chong turut menunjukkan telefon bimbitnya yang memaparkan mesej WhatsApp berbahasa Inggeris antara mereka, yang tertera selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu.

Chong menegaskan syarikatnya tidak pernah menggaji Jong Chol sebaliknya hanya membantu menguruskan visa kerjanya untuk menjalankan perniagaan di Malaysia pada 2013.

Menceritakan peribadi Jong Chol sepanjang dikenalinya, Chong yang pernah bertemu Jong Chol beberapa kali menyifatkan lelaki itu seorang yang sederhana,
rendah diri dan lemah lembut.

“Sepanjang urusan dengannya, Jong Chol selalu membawa anak perempuannya berumur lingkungan 20-an yang menuntut di Help University di sini, untuk bertindak sebagai penterjemah setiap perbualan kerana dia (Jong Chol) tidak tahu berbahasa Inggeris.

“Saya amat terkejut apabila mengetahui Jong Chol ditahan polis Sabtu lepas kerana dipercayai terlibat dalam kes kematian Kim Jong-Nam,” katanya.

Chong berkata beliau hanya berurusan dengan Jong Chol atas urusan perniagaan.

“Syarikat saya mahu mengambil peluang perniagaan dalam import dan eksport terutama produk minyak sawit dan ekstrak herba, tetapi sehingga kini tiada transaksi sebenar berlaku kerana harga produk belum dipersetujui,” katanya.

Sehingga kini, polis sudah menahan tiga suspek lain termasuk dua suspek wanita iaitu warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, dan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, yang ditahan reman sehingga Rabu.

Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, dipercayai teman lelaki Siti Aishah, telah ditahan sebelum ini, untuk membantu siasatan.

Jong Chol direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lmM6Z2

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.