(Video) Bantah Sepakan Penalti Kontroversi, Pasukan Ini Protes Perlawanan Dengan Cara Yang Membuatkan Penonton Terhibur
Gara-gara tindakan pengadil memberikan sepakan penalti kontroversi kepada pasukan lawan ketika saat genting, sebuah pasukan bola sepak dari liga Vietnam, Long An FC telah mengambil keputusan untuk memprotes perlawanan berkenaan.
Kejadian berlaku dimana pasukan lawan telah dihadiahkan sepakan penalti ketika masa hampir tamat ketika perlawanan terikat kedudukan 2-2 dan masa tambahan 10 minit.
Kerana tidak berpuas hati, semua permain Long An telah mengambil keputusan untuk sekadar menjadi ‘kon’ terpacak di tengah padang bola dan membiarkan pasukan lawan bermain sesama mereka sahaja seolah-olah sedang mannequin challenge.
Yang menarik, apabila gol cuba dijaringkan penjaga gol hanya membuat lompatan akrobatik sommersault tanpa menyelamatkan bola untuk gol ke-4 Ho Chin Minh dan bagi gol ke-5 pula penjaga gol hanya berlalu pergi membiarkan bola masuk sambil rakan sepasukan terus terus tercegat di tengah padang.
Tindakan mereka itu ternyata membuatkan penonton terhibur, di mana kesudahannya Long An FC tewas 3-5 kepada Ho Chin Minh City FC. – Siakapkeli.my
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment