Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong TRW mahu 4 import diturunkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong TRW mahu 4 import diturunkan

KOTA BHARU: Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) berharap empat pemain import Kelantan dapat diturunkan pada aksi menentang Melaka United di Stadium Muhammad IV, di sini, malam esok.

Presidennya, Mohd Zainy Zain, berkata perlawanan esok yang tertunda kerana cuaca buruk bulan lalu, amat penting buat Kelantan mengutip tiga mata penuh dan mengukuhkan kedudukan pasukan dalam liga.

“Untuk perlawanan seterusnya, peminat The Red Warriors mahu melihat khidmat keempat-empat pemain import digunakan kerana ia perlawanan penting. Kemunculan mereka dapat memberi 60 peratus kelebihan kepada pasukan untuk menewaskan lawan.

“Pastinya ia juga dapat mengubat hati penyokong selepas Kelantan mengalami kekalahan di halaman sendiri (kepada Kedah) baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Zainy berkata, keputusan baik juga akan menarik kehadiran lebih ramai penyokong tempatan untuk memenuhi stadium dan memberikan sokongan kepada skuad TRW.

“Kami berharap jurulatih Zahasmi Ismail dapat menggarap formula yang tepat apabila berdepan Melaka United. Penyokong ternanti-nantikan kelibat penyerang import Mohammad Ghaddar untuk menggempur kubu Melaka United malam esok,” katanya.

Kelantan akan menerima kunjungan skuad Hang Tuah di Kota Bharu, malam esok bagi melunaskan jadual perlawanan yang tertunda berikutan cuaca buruk pada 21 Januari lalu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mdQBnQ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.