Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mokhtar umum berundur dari bola sepak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mokhtar umum berundur dari bola sepak

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KELANA JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad mengumumkan tidak lagi ingin memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan sukan, sekali gus ‘berehat’ daripada arena bola sepak buat masa ini.

Katanya, dia sudah terlalu lama berada dalam tampuk kepemimpinan FAS dan mengambil pendekatan untuk tidak membabitkan diri dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) badan induk bola sepak negeri itu, pada 23 Februari ini.

“Saya rasa sudah cukup buat masa ini dan biarlah saya mengundur diri. Mustahil untuk saya kembali pada masa akan datang.

“Apapun, saya mengharapkan pasukan Selangor akan menjalani transformasi kerana perlu ada perubahan supaya FAS tidak kekal berada pada takuk lama,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Mengulas lanjut mengenai pencalonan tunggal Datuk Seri Subahan Kamal bagi jawatan Presiden FAS, dia menyifatkan beliau sebagai calon muda yang berkaliber dan memiliki reputasi baik dalam mengendalikan persatuan sukan.

“Dia membuktikan kejayaannya sebagai Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan saya tahu di hati kecilnya, dia tetap cintakan bola sepak.

“Jadi jika tiada calon lain yang berkemampuan dan dia dipilih sebagai Presiden FAS yang baharu, saya mengharapkan dia dapat membawa Selangor pada tahap yang lebih baik,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lmVVq0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.