Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Kerangka Yang Digunakan Apple Untuk Merahsiakan Rekaan iPhone Yang Sedang Diuji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Kerangka Yang Digunakan Apple Untuk Merahsiakan Rekaan iPhone Yang Sedang Diuji

Setiap tahun selepas model terkini iPhone memasuki pasaran, ura-ura rekaan untuk model tahun hadapan mula didengari. Terdapat industri kecil yang menghasilkan imej pengolokan model konsep untuk iPhone yang bakal dihasilkan. Selepas peranti prototaip dihasilkan, ia perlu diuji terlebih dahulu. Bagi mengelakkan rekaan peranti ujian ini tertiris, Apple menghasilkan kerangka khas untuk merahsiakan rekaan sebenar dari mata orang ramai.

Sonny Dickson yang sebelum ini meniriskan video sistem operasi awal iPhone yang menggunakan antaramuka iPod menunjukkan rekaan kerangka yang digunakan pada iPhone yang sedang diuji. Kerangka berwarna hitam ini menutupi keseluruhan peranti mempunyai pelakat yang menghalang pengguna dari membukanya. Terdapat pelekat dengan nombor pendaftaran serta kod QR. Setiap peranti ujian turut mempunyai “passport” yang menemaninya dari China sehingga ke Amerika Syarikat. Pada panel belakang peranti ujian, sebuah lagi kod QR diukir menggunakan laser bagi tujuan pengenalan.

Sungguhpun Apple menggunakan pelbagai kaedah untuk merahsiakan rekaan, ia tetap akan tertiris juga. Ini ialah masalah yang melanda semua pengeluar. Galaxy S8 yang cuba dirahsiakan oleh Samsung tertiris rekaannya lebih kurang sebulan yang lalu. Adakah anda ingin dikejutkan dengan rekaan pada hari pelancaran atau terus mahu melihat rekaan ditiriskan?

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kPL9GE



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.