Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anggota Geng 'Kecek' Curi Motosikal Dan Pecah Rumah Di Marang Diburu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota Geng 'Kecek' Curi Motosikal Dan Pecah Rumah Di Marang Diburu

MARANG: Enam ahli geng ‘Kecek’ termasuk dua remaja bawah umur ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi motosikal di sekitar Marang, Terengganu.

Semua suspek termasuk ketuanya berusia 20 tahun bersama lima yang lain berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan dalam dua serbuan pada 7 dan  8 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya sedang giat mengesan dua lagi ahli kumpulan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita masih ada kesan dua lagi suspek, rakan jenayah kepada enam lelaki tersebut dimana dua lelaki ini masih kita kesan dalam usaha untuk kita mendapat  barang curi yang lain yang dipercayai disimpan oleh dua lelaki yang kita belum tangkap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kumpulan  terbabit dipercayai mula beroperasi sekitar Jun tahun lalu dan menjadikan resort yang tidak beroperasi itu sebagai markas untuk kegiatan mereka.

Polis turut merampas pelbagai barangan pecah rumah dan sebuah motosikal yamaha 125z serta beberapa casis berjumlah RM7 ribu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lmSXSl

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.