Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak kencing di tengah jalan maut digilis bas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak kencing di tengah jalan maut digilis bas

JIANGXI, CHINA – Seorang kanak-kanak perempuan maut digilis bas ketika sedang membuang air kecil di tengah jalan, lapor Shanghaiist.
Dalam kejadian jam 2.44 petang, 31 Januari 2017 itu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa berusia 5 tahun itu berjalan dan mencangkung membuang air kecil di tengah jalan sambil diperhatikan oleh beberapa pejalan kaki berhampiran. 
Mangsa yang sedang khusyuk membuang air tiba-tiba dilanggar sebuah bas mini yang tidak menyedari kehadirannya di situ yang kemudian menggilis mangsa. 
Menyedari terlanggar sesuatu, pemandu bas itu kemudian berhenti sebelum seorang wanita yang dipercayai ibu mangsa belari meluru ke arah bawah bas dan menarik mangsa keluar. 
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun tidak berjaya diselamatkan.
Pemandu bas itu kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut. 

[embedded content]

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa menyalahkan pemandu bas berkenaan yang tidak peka dan menuntut pampasan sebanyak 1.2 juta yuan.
Pemandu bas itu bagaimanapun menyalahkan ibu bapa mangsa yang tidak pandai mengawasi anak mereka. Malangnya pihak polis dilaporkan bersetuju dengan tindakan keluarga mangsa dan menyalahkan pemandu bas berkenaan yang cuai. 
Di media sosial, netizen mempertahankan pemandu bas itu dan menganggap tindakan keluarga mangsa dan polis adalah tidak adil. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mdQCrU

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.