Aplikasi Memantau Kanak-Kanak Menaiki Penerbangan Berseorangan Memenangi MABHackathon 2017
Malaysia Airlines buat julung kalinya telah mengadakan acara MABHackathon yang mana memperlihatkan sejumlah pembangun menyertainya dan membangunkan aplikasi dan perkhidmatan berasaskan teknologi untuk menyelesaikan sejumlah masalah sedia ada.
Menyertai MABHackathon adalah sekitar 21 pasukan yang meliputi topik seperti penyelesaian untuk sistem inforia dalam penerbangan, pengurusan notifikasi untuk penumbang, perkhidmatan dalam penerbangan, pemasaran, pengurusan pelanggan dan sebagainya.
Daripada sejumlah 21 pasukan berkenaan, memenangi acara berkenaan adalah Ukay Wizard yang hadir dengan idea aplikasi MUM. Melaluinya, mereka ingin memudahkan pemantauan kanak-kanak yang menaiki penerbangan secara berseorangan dari satu lokasi ke lokasi lain. Melalui MUM ini, ia ingin memudahkan para ibu bapa untuk mengetahui status semasa kedudukan lokasi anak-anak mereka dengan mudah – hasil kerjasama daripada pramugari dan syarikat penerbangan tersebut sendiri.
Selain daripada MUM, beberapa idea lain yang turut diperlihatkan adalah kebolehan untuk membuat tempahan Uber terus daripada sistem inforia dalam penerbangan, integrasi bot Facebook Messenger ke aplikasi untuk memudahkan pemberian notifikasi, sistem pengurusan maklumbalas pelanggan, dan beberapa yang lain.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lCpGWu✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment