Penyertaan Kit Siang Dalam Siri Jelajah Penerangan UMNO Isu Kerugian Forex Tidak Sesuai
KUALA LUMPUR: Penyertaan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO mengenai kerugian Forex adalah tidak sesuai dan tidak diperlukan, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana UMNO adalah sebuah parti yang sentiasa menjaga kedaulatan perlembagaan negara, sentiasa menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
“Platform UMNO adalah sangat tidak sesuai untuk ahli politik sedemikian.
“Saya juga khuatir Kit Siang akan mengambil kesempatan dalam usaha membela anaknya yang kini menghadapi dakwaan di mahkamah serta terus menerus bertindak licik untuk memecahbelahkan perpaduan politik orang Melayu dalam percubaan DAP menguasai politik negara,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
BACA: UMNO, BN jelajah seluruh negara jelas kerugian tukaran wang asing Bank Negara
BACA: Tun Mahathir alu-alukan tubuh RCI, siasat kerugian BNM
Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Kit Siang berucap di siri jelajah UMNO dan BN memberi penerangan berhubung pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
Lim dalam satu kenyataan hari ini dipetik sebagai menawarkan dirinya berucap di siri jelajah tersebut yang akan bermula di Hulu Selangor pada 25 Feb ini.
Menurut Annuar bagaimanapun beliau menghargai cadangan penasihat DAP tersebut kerana ia menunjukkan pengiktirafannya akan pentingnya siri penerangan UMNO hingga beliau sanggup mengubah jadualnya bagi menyertai siri jelajah tersebut.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m0LTOg✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment