Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
KUALA LUMPUR: Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.
Kang Chol berkata cadangan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan lebih baik tentang pembunuhan itu.
“Sudah seminggu kejadian berlaku, namun tiada bukti kukuh apa yang menyebabkan kematian,” katanya dalam sidang media di Kedutaan Korea Utara di Jalan Bantai di sini hari ini.
Justeru, pihaknya sedia menghantar delegasi peguamnya sekiranya Malaysia bersetuju dengan cadangan berkenaan.
“Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan menghantar delegasi peguam untuk menyertai penyiasatan bersama-sama polis Malaysia,” katanya dalam sidang media di kedutaan di sini,” tambahnya lagi.
Semalam polis memaklumkan, tujuh lelaki warga Korea Utara yang disyaki perancang utama kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Kim Jong Nam kini masih bebas dengan empat suspek dipercayai telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian.
Polis juga pada Sabtu telah menahan seorang lelaki Korea Utara yang disyaki terlibat dalam perancangan pembunuhan tersebut, selepas menahan dua suspek wanita serta seorang lelaki lain sebelum itu.
Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.
Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lcBAFo✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment