Wolff, Lauda lanjut perjanjian bersama Mercedes
BOS pasukan Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Toto Wolff dan Niki Lauda melanjutkan perjanjian bersama pasukan juara dunia itu sehingga sekurang-kurangnya pada 2020. – Foto Thisis F1
STUTTGART: Bos pasukan Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS, Toto Wolff dan Niki Lauda melanjutkan perjanjian bersama pasukan juara dunia itu sehingga sekurang-kurangnya pada 2020.
Pengerusi konglomerat Daimler yang turut memiliki Mercedes, Dieter Zetsche berkata bekerja di bawah bimbingan Wolff dan bekas juara dunia, Lauda sebagai: “Keputusan yang melebihi jangkaan kami.”
Mercedes bersama Lewis Hamilton dan juara dunia 2016 yang sudah bersara, Nico Rosberg mendominasi perlumbaan F1 sejak 2014 di mana mereka memenangi gelaran pemandu dan pengeluar selama tiga tahun berturut-turut.
Pengumuman itu dibuat sebelum majlis pengumuman jentera baharu pasukan Mercedes yang akan dipandu Hamilton dan Valtteri Bottas, di Silverstone, Khamis ini.
Ujian pertama F1 musim ini dijadual pada Isnin depan di Barcelona, kurang sebulan sebelum perlumbaan pertama musim ini membuka tirai di Australia pada 26 Mac.
Mercedes berusaha untuk meneruskan dominasi mereka dan melihat Wolff, yang memiliki pegangan 30 peratus saham dalam pasukan itu, sebagai elemen penting.
“Ia adalah berita yang hebat apabila Toto dan Niki sudah melanjutkan perjanjian mereka,” kata Zetsche.
“Pada 2013, kami menstruktur kembali pengurusan pasukan dengan sasaran yang jelas meningkatkan lagi prestasi kami. Sejak itu, keputusan yang dicapai melebihi jangkaan kami.
“Faktor utama terhadap kejayaan ini adalah kombinasi skil perniagaan Toto dan pengalaman Niki. Pembaharuan komitmen mereka memberikan kami program kesinambungan yang penting untuk empat tahun akan datang.”
Wolff menyertai Mercedes dari Williams pada 2013, setahun selepas Lauda menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif, dengan kedua-duanya berjaya menampilkan ‘perseteruan’ sengit di antara Hamilton dan Rosberg yang membawa kepada kemenangan pasukan.
“Kemenangan tidak pernah bergantung kepada seseorang individu, ia mengenai kelompok pasukan yang datang bersama, bersatu bersama-sama dengan objektif yang sama dan kemudian menggabungkan bakat-bakat mereka untuk mencapai sasaran,” kata Wolff.
“Setiap hari saya datang ke kilang ini, saya rasa amat rendah diri kerana diberi peluang untuk mewakili kumpulan yang amat berinspirasi,” katanya. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyKZrt✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment