Hi! Welcome Back and Stay Tune! KAFA sambut baik hasrat Annuar kekal bertanding - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KAFA sambut baik hasrat Annuar kekal bertanding

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyambut baik kesediaan Tan Sri Annuar Musa mengekalkan pendirian untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – Foto Mohd Yusni Ariffin

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyambut baik kesediaan Tan Sri Annuar Musa mengekalkan pendirian untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Naib Presidennya, Datuk Nasir Hamzah, berkata Annuar adalah antara calon pilihan bagi mengisi jawatan tertinggi badan induk FAM, berikutan visi dan misinya ingin mengembalikan semula era kegemilangan bola sepak tanah air.

“Saya berharap perwakilan memilih calon yang benar-benar ikhlas untuk membantu memartabatkan bola sepak negara, malah berupaya melahirkan jaguh sukan seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun dan ramai lagi legenda bola sepak tanah air.

“Sukan bola sepak bukan milik individu malah milik 28 juta rakyat Malaysia yang ingin melihat kembali era kegemilangan pasukan negara yang kini agak ketinggalan berbanding negara di rantau ASEAN.

“Sebagai pemimpin, bakal calon mestilah mempunyai ciri seperti berani, tegas dan mampu membawa perubahan,” katanya dihubungi.

Nasir turut mengakui FAM perlu diterajui seorang individu yang dapat membawa perubahan terhadap hala tuju sukan kegemaran rakyat Malaysia itu.

“Sebab itu kita perlu orang yang boleh membawa perubahan terutama pembangunan peringkat akar umbi dan mengembalikan semula keyakinan serta sokongan peminat kepada pasukan Harimau Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, pertandingan perebutan jawatan Presiden FAM dua calon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden KAFA itu dilihat akan membawa perubahan baharu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ldnPWQ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.