Menyatupadukan Rakyat Kunci Capai Tamadun Sebenar
Spread the love
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kunci ke arah mencapai tamadun sebenar, yang bersifat lestari sebagai terasnya, adalah dengan menyatupadukan rakyat daripada semua lapisan.
Perdana menteri berkata hubungan antara agama, kelestarian dan tamadun itu sendiri adalah sesuatu “yang semua orang perlu bincangkan secara meluas tatkala kami tetapkan hala tuju dalam membangunkan negara kita”.
“Jika kuasa agama perlu dipupuk untuk menghantar mesej bahawa ia adalah tanggungjawab agama untuk menggalakkan kelestarian, dan bahawa tamadun sebenar adalah yang bersifat lestari sebagai terasnya, kita perlu memastikan rakyat yang anuti pelbagai agama saling bercakap antara satu sama lain, membincangkan apa persamaan yang ada antara kita dan memastikan kita bersatu dalam memerangi ekstremisme dan radikalisasi,” katanya dalam ucapan pada forum antarabangsa ‘Agama dan Kelestarian Tamadun” di sini, hari ini.
Turut hadir pada forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi IKIM, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib berkata Islam menyifatkan manusia sebagai ‘khalifah’, dan terdapat tanggapan yang sama dalam kitab bahawa manusia adalah pemimpin di muka bumi, bahawa kedua-duanya menunjukkan manusia berperanan untuk mentadbir dunia.
“Tetapi tanggungjawab kita bukan sekadar untuk menjaganya, untuk menyembuhkannya, dan untuk memupuknya. Ia juga untuk memastikan ia berkembang.
“Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bukan sekadar melindungi kehidupan daripada jenayah, perang, wabak penyakit dan penderitaan lain, tetapi juga mengembangkannya, secara kuantitatif, contohnya, dengan memperluaskan penyediaan penjagaan kesihatan yang dapat memanjangkan hayat manusia, secara kualitatifnya, dengan menyediakan dan meningkatkan lagi kualiti kehidupan.
Najib berkata hasil daripada langkah melindungi dan memperluaskan lagi objektif berkenaan adalah bermakna mana-mana masyarakat berbuat demikian ke arah ketamadunan.
“Keadaan yang menunjukkan kualiti kehidupan, falsafah dan amalan agama, dan pembangunan keintelektualan semuanya disokong dan diraikan,” katanya.
Najib berkata sebab itu kenapa Abdullah memperjuangkan ‘Ketamadunan Islam’ atau ‘Islam Hadhari’, kerana nilai-nilai ketamadunan adalah terasnya.
“Inilah juga sebabnya kenapa saya memperjuangkan kesederhanaan – atau ‘wasatiyyah’ sebagai jalan terbaik, kerana kesederhanaan adalah laluan untuk menjadi manusia yang sempurna, sesuatu yang diajar kepada kita oleh Islam serta oleh agama-agama lain,” katanya.
Najib berkata Malaysia telah mengambil peranan sebagai ‘khalifah’ dengan amat serius, malah kelestarian merupakan antara tiga teras dalam Model Ekonomi Baharu yang diumumkan pada 2010.
“Dan saya berbangga untuk menyatakan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), kita mencapai 33 peratus dalam pengurangan pengeluaran gas rumah hijau,” katanya.
Terdahulu, Najib merasmikan sambutan Jubli Perak IKIM dan melancarkan empat penerbitan terbarunya.- BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment