Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anifah Hadir Pemukiman Menteri Luar ASEAN Di Filipina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anifah Hadir Pemukiman Menteri Luar ASEAN Di Filipina

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengetuai perwakilan Malaysia untuk menghadiri Pemukiman Menteri Luar ASEAN selama dua hari di Filipina mulai hari ini.

Wisma Putra berkata pemukiman ‘AMM Retreat’ di Boracay itu bertujuan memberi peluang kepada menteri luar ASEAN untuk membincangkan mengenai hubungan luar ASEAN dan membuat susulan terhadap pelaksanaan keputusan yang dibuat ASEAN pada Sidang Kemuncak sebelum ini.

Para Menteri Luar ASEAN akan turut bertukar-tukar fikiran mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama selain mengenai cara untuk meningkatkan hubungan ASEAN dengan rakan dialognya, kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

“Ia merupakan mesyuarat pertama di mana Filipina akan menjelaskan keutamaannya ketika ia menjadi Kepengerusian ASEAN 2017 yang bertemakan ‘Perkongsian untuk Perubahan, Melibatkan Dunia’ (Partnering for Change, Engaging the World).

“Ini merupakan mesyuarat penting yang akan membentuk strategi ASEAN dalam usaha membangun-komuniti selain membincangkan cara untuk merayakan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN, katanya.

Wisma Putera berkata AMM Retreat didahului oleh beberapa mesyuarat penting seperti Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN dan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN.

Pemukiman akan melibatkan penyertaan menteri luar dan pegawai kanan negara ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN dan wakil tetap daripada Sekretariat ASEAN di Jakarta, katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llYf0f

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.