Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aksi Malaysia-Korea Utara di Pyongyang: FAM tunggu jawapan AFC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aksi Malaysia-Korea Utara di Pyongyang: FAM tunggu jawapan AFC

SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) ketika menjawab pertanyaan media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-11 bagi 2014-2017 di Wisma FAM. – Foto BERNAMA

KELANA JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menunggu pengesahan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkenaan status perlawanan antara Harimau Malaysia dengan Korea Utara yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang, 28 Mac ini. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan AFC mengenai perkembangan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 itu. 

“Setakat ini tiada apa-apa perkembangan mengenai perlawanan itu dan kalau FAM rasa tidak selamat untuk beraksi di sana, kita akan berhubung dengan AFC. 

“AFC akan membuat keputusan sama ada perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang berkecuali atau ditangguhkan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini, sebentar tadi. 

Kebimbangan tahap keselamatan pasukan negara timbul selepas kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam di klia 2, pada 13 Februari lalu.  

Kementerian Luar hari ini mengesahkan Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad dipanggil pulang ke negara ini untuk proses rundingan. 

Kementerian Luar dalam satu kenyataannya berkata, Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol turut dipanggil bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala kementerian, Raja Nushirwan Zainal Abidin, hari ini. 

Harimau Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kZ7zGw

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.