Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

Spread the love

SUBANG JAYA – Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri di surau wanita di sebuah pusat membeli belah di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menyedari beg dompetnya yang diletakkan disebelahnya ketika solat hilang dan hanya ada kunci, kad pengenalan dan kad bank sahaja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar swasta itu mengadu kepada pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan beg dompetnya telah ditemui bersama seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita.

Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sunway dan mendapati beg dompetnya bersama suspek.

“Polis berjaya menahan suspek berusia 21 tahun bersama sebuah beg dompet, wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit jenis Sambung.

“Pemeriksaan mendapati suspek baru keluar dari penjara Kajang 11 hari lalu dan mempunyai rekod jenayah serta kes curi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama empat hari hingga Rabu ini untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2llXxjR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.