Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuala Lumpur Sebagai Pusat Perisikan Dunia! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Perisikan Dunia!

Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang canggih, dengan kemudahan komunikasi dan pelbagai prasarana untuk menjalankan aktiviti perisikan, untuk tujuan merancang keganasan dan penyediaan tempat-tempat selamat “safe house” oleh agensi perisikan dari seluruh dunia.

Perisik

Jika anda orang asing terutama bangsa Arab atau Negro, tidak mengapa kerana di sini orang tidak ambil kisah dengan apa yang anda buat, tidak ada sesiapa yang akan menganggap anda sebagai ahli kumpulan militan atau perisik tetapi dengan syarat, anda jangan kacau anak dara orang atau bini orang.

Dahulu, semasa tahun 1970an, agen talam dua muka berbangsa Melayu iaitu Siddiq Ghouse ditangkap oleh pasukan Special Branch (SB) kerana menjual maklumat kepada KGB.

Negara komunis iaitu Kesatuan Soviet bercita-cita untuk membuka sebuah hospital mata di Langkawi tetapi projek itu senyap selepas agen mereka iaitu Siddiq ditangkap.

Siddiq Ghouse yang merupakan pegawai kepada Tun Dr Mahathir terkejut apabila ditangkap tetapi mengakui SB dari Bukit Aman sangat cekap menghidu aktivitinya.

Di antara tahun 1997-2000 kalau tidak silap, pihak perisikan barat berjaya menangkap seorang agen talam dua muka yang berkerja dengan CIA.

Beliau ditangkap selepas mendarat di Brussel melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

Sedar tidak sedar, beliau yang beroperasi melalui pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sudah menjual 40 nama agen CIA yang baru direkrut (rekrut kat KL ke?) kepada agensi perisikan Russia, Glavnoye Razvedyvatel’noye Upravleniye (GRU).

Kisah penangkapan lelaki ini diceritakan penuh saspen dalam majalah berita antarabangsa seperti Times dan News Week tetapi sayang tiada keratan tentang kejadian itu.

Sebelum itu, Timbalan Ketua CIA yang pernah bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Nicholson turut ditangkap kerana menjual senarai nama agen CIA kepada Russia dengan nilai USD 300.000 dengan alasan untuk menyara keluarga.

Pada tahun 2000, di satu kawasan setinggan Indonesia di Kuala Lumpur, seorang lelaki Aceh, kalau tidak silap, namanya Tengku Don Zulfahri, mati ditembak pada 1 Jun.

Selepas disiasat Tengku Don merupakan anggota gerila kepada kumpulan bersenjata GAM (Gerakan Acheh Merdeka) dan penembaknya mungkin komando Indonesia atau mungkin pihak dari dalam GAM sendiri.

Jika benar ia ditembak oleh komando Indonesia, ini bermakna jaringan perisikan mereka sudah wujud di ibunegara, sudah ada Rumah Selamat atau “Safe House” dan sistem kemasukan dan pemakaian senjata yang tidak perlu diimport dari Siam.

Ini pun bukan satu perkara pelik, sudah acap kali kita mendengar cerita bagaimana dadah dan senjata api di bawa masuk melalui peti-peti ikan mentah dan bagaimana pasar-pasar borong di kawasan Selayang menjadi pusat perdagangan bahan-bahan ini.

Pada 14 Jan 1998, pemimpin pejuang Patani Selatan (PULO) Haji Sama-ae Shanam dan beberapa orang pengikutnya ditangkap di Kuala Lumpur yang selama ini menjadi pusat gerakan dan mesyuarat kumpulan pejuang pembebasan itu.

Dunia juga digemparkan di Kuala Lumpur apabila perancang peristiwa 11 September dari kumpulan Al Qaeda sering menjadikan ibunegara ini yang agak “Friendly” kepada orang Arab dan Muslim sebagai tempat bermesyuarat.

Orang Melayu memang memandang tinggi pada orang Arab, entahlah, ramai juga yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah, kononnya keturunan ulamak Arab, betul ke? Tapi sebenarnya Melayu ini memang sentiasa memandang tinggi kepada produk luar.

Agen-agen CIA dan SB Malaysia berjaya mengesan kedudukan lelaki-lelaki perancang utama ini, mereka sering bersantai dalam Cyber Cafe tetapi seterusnya merupakan kegagalan terbesar dalam dunia perisikan barat, mereka terlepas dan insiden 11 Sept pun berlaku.

Sebenarnya, macam-macam kumpulan perisikan ada dalam Malaysia ini.

Dalam keratan akhbar lama, The Sun Herald yang diterbitkan di Syedney, Australia pada Feb 7, 1965, kerajaan Malaysia berjaya menangkap seorang agen perisik asing.

Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman, perisik asing bertaraf “Spy Master” itu sedang menyediakan satu kumpulan tentera pemberontak yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan identiti “Master Spy” itu tidak pula didedahkan bangsa atau warganegara mana.

Berita itu disalurkan melalui Rueters menyebut, “Master Spy” itu ditangkap di lapangan terbang Kuala Lumpur (masa itu di Sungai Besi) bersama sejumlah wang yang besar dan berita itu menyebut satu kumpulan yang dinamakan “the fifth column” sedang beroperasi, menatang apa tah, kita pun tak tahu.

Pendek kata, dengan status quo kita sebagai negara Islam yang moderate, mengalu-alukan kedatangan orang luar serta kedudukan Malaysia yang strategik dan penerbangan luar masuk yang banyak, Kuala Lumpur boleh disamakan dengan status Switzerland masa Perang Dunia Kedua dahulu.

Switzerland masa perang dahulu merupakan negara yang berkecuali dan aman damai kerana tidak diserang Nazi atau pihak berikat.

Ia menjadi pusat kepada pelarian, pusat untuk perancangan sabotaj serta perisikan bagi kedua-dua pihak yang berperang.

Sekitar tahun 2000 – 2003 juga, kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Tembak pernah digemparkan oleh seorang lelaki Inggeris yang kononnya tersesat di Jalan Tekpi.

Jalan Tekpi pada masa itu agak lengang dan merupakan jalan masuk ke Kementerian Pertahanan.

Ada khabar angin menyatakan pelancong orang puteh itu perisik, mustahil ada pelancong sesat di Jalan Tekpi pasal bukan kawasan pelancongan dan jauh dari zoo negara atau KLCC.

Sekian sahaja sedikit fakta tentang dunia perisikan di Malaysia.

BACA INI JUGA: Perisik M15 Menyamar Mualaf Bunuh Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda

Sumber: mom

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m3hZWJ



✍ Sumber : ☕ SentiasaPanas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.