Peragut Sebabkan Kematian Pekerja Kantin Masih Dikesan
Spread the love
KOTA BHARU – Pihak polis masih giat mengesan seorang suspek dalam kes ragut pada 15 Feb lepas yang menyebabkan kematian seorang pekerja kantin Universiti Malaysia Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman berkata pihaknya sudah membuat beberapa tangkapan setakat ini terutama dalam kalangan penagih, namun mereka didapati tidak terbabit.
“Tangkapan terbaru membabitkan seorang suspek di Melawi, Bachok dua hari lalu tetapi dia juga didapati tidak berkaitan dengan kejadian itu.
“Polis akan cuba mendapatkan lagi maklumat daripada penduduk tempatan khususnya di sekitar Bachok mengenai kawasan penagihan dadah untuk mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Siti Rohani Wahab, 54, yang sedang menunggang motosikal maut akibat motosikalnya terbabas dan melanggar tiang elektrik ketika mengejar seorang lelaki yang meragut begnya di Kampung Pak Elong, Tangok, Bachok.
Dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kantin Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment