Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Panggil Duta Besar Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Panggil Duta Besar Korea Utara

Spread the love

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri telah memanggil TYT Kang Chol, Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea pada hari ini (20 Februari 2017) bagi mendapatkan penjelasan beliau berkenaan tuduhan beliau terhadap Kerajaan Malaysia dalam sidang akhbar pada 17 Februari 2017. TYT Kang Chol telah bertemu dengan TYT Raja Nushirwan Zainal Abidin, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala.

Dalam sidang akhbar tersebut, TYT Kang Chol telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai “sesuatu untuk disembunyikan” dan mendakwa Malaysia
“berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar” dalam pengendalian kes kematian seorang warga Republik Demokratik Rakyat Korea Korea pada 13 Februari 2017.

Kementerian Luar Negeri menekankan bahawa memandangkan kematian tersebut berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan maka adalah menjadi tanggungjawab
Kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian. Penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan
di bawah undang-undang Malaysia.

Kedutaan Besar Republik Demokratik Rakyat Korea turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Oleh itu, proses bedah siasat perlu dijalankan. Kedutaan juga telah dimaklumkan bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada pihak waris mengikut undang-undang dan prosedur yang sedia ada di Malaysia.

Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan yang berkaitan dengan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia.

Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea tersebut sebagai tidak berasas.

Kerajaan Malaysia mengambil serius di atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi Negara.

Duta Besar Malaysia di Pyongyang telah dipanggil kembali ke Kuala Lumpur untuk proses perundingan.

–BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m0KBD0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.