Padah Rogol Dua Anak Saudara, Pemandu Dihukum Penjara 48 Tahun
KOTA BHARU: Seorang pemandu jentera berat dijatuhi hukuman penjara 48 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku salah atas lima tuduhan merogol dua anak saudaranya dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nazri Ismail.
Dia dituduh merogol anak saudaranya berusia 15 dan 16 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh antara jam 7 pagi hingga 8 pagi, pada Ogos 2015.
Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa merogol mangsa sama berusia 16 tahun di tempat sama antara jam 7 hingga 8 pagi, November 2015.
Pertuduhan seterusnya, lelaki itu didakwa merogol mangsa sama berusia 15 tahun dan 16 tahun di tempat yang sama antara jam 7 hingga 8 pagi, masing-masing pada September dan Oktober 2015.
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak kurang 10 sebatan.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Siti Hajar Alias memohon hukuman berat kepada tertuduh kerana mengambil kesempatan terhadap dua anak saudaranya yang naif dan sepatutnya lelaki itu melindungi mereka.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyqlrl✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment