Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori
Spread the love
KOTA KINABALU – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori di Batu 7, Jalan Tuaran, dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa Abdul Harris Apasain, 41, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Mangsa dari Pekan Menggatal menuju ke Pekan Inanam dikatakan telah merempuh sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan.
Chandra berkata siasatan lanjut mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori ketika membuat pusingan U.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment