Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Keluar Perintah Larang Remaja Keluar Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Keluar Perintah Larang Remaja Keluar Rumah

Spread the love

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, tidak mengeluarkan sebarang arahan menguatkuasakan perintah supaya remaja berusia bawah 18 tahun tidak dibenarkan keluar rumah tanpa pengawasan orang dewasa selepas jam 10 malam.

Sultan Johor, dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook (FB) rasmi baginda, menyangkal perintah larangan itu yang kini viral di media sosial susulan tragedi lapan remaja maut dan lapan lagi cedera dirempuh kereta ketika berbasikal dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.

“Sultan Ibrahim menyangkal dan menolak kenyataan palsu yang sedang disebarkan di media sosial. Harap maklum bahawa pihak istana tidak mengeluarkan arahan terbabit,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik jam 1.35 tengah hari tadi.

Sejak semalam, satu kenyataan yang mendakwa bahawa Sultan Johor mengeluarkan arahan itu mula tersebar di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai kesahihannya.

Ia juga menyatakan jika arahan itu tidak dipatuhi, remaja terbabit dan ibu bapa mereka akan diarahkan menjalani sesi kaunseling selama dua bulan tanpa kompromi.

Ibu bapa remaja terbabit juga dikatakan akan berdepan dipenjarakan atau disaman RM5,000 kerana gagal mengawal tingkah laku anak masing-masing, selain polis akan mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa yang ingkar arahan itu.

Kenyataan itu tersebar berikutan kejadian lapan remaja lelaki maut, manakala lapan lagi cedera termasuk dua dilaporkan kritikal, selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Kemalangan itu membabitkan sekumpulan kira-kira 30 remaja yang menunggang basikal yang diubah suai dan dikenali sebagai basikal nyamuk atau lajak. – Berita Harian

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYJhwf

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.