Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekerja dalam sektor kerajaan dan plan nak beli rumah second hand? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekerja dalam sektor kerajaan dan plan nak beli rumah second hand?

Boleh tahan ramai yang lebih tertumpu untuk membeli dalam pasaran subsale.

Sebab pasaran ni dah ada data yang pelbagai. Lebih mudah untuk kita kaji anggaran keuntungan pada masa akan datang.

Bagi yang bekerja dalam sektor kerajaan, ini adalah satu peluang cun yang rugi kalau korang bazirkan.

Banyak kelebihan yang korang ada berbanding orang kerja dalam sektor swasta.

Kalau korang tengah plan nak beli rumah second hand tahun ni guna loan kerajaan, hadamkan sekarang apa yang Tuan Lee Sharper kongsikan ini.

PS: Tok nak pesan awal-awal yang artikel kali ini agak panjang. Baca perlahan-lahan. Kalau dah tak larat, rehat dulu. 

Apa kelebihan ketara loan kerajaan dan loan bank?

Seperti yang korang dah sedia maklum, loan kerajaan adalah satu faedah istimewa kepada penjawat awam.

Dengan kadar faedah (interest rate) yang rendah sebanyak 4.00% dan juga pinjaman penuh disediakan, ramai yang jealous dengan penjawat awam dek kelebihan ini.

Cuma, bagi yang nak beli rumah second hand guna loan kerajaan, korang tak layak dapatkan pinjaman penuh. Bermakna, jumlah deposit 10% tu, korang wajib jelaskan dulu.

Ini Tok baru cover bahagian deposit je. Belum yang lain-lain lagi.

Takpe, Tok akan selitkan sekali asas-asas berkaitan loan rumah kerajaan yang korang patut tau. Senang untuk korang sebab tak payah dah cari satu per satu.

Jenis-jenis loan rumah kerajaan – Anda pilih yang mana satu?

Ada beberapa jenis pinjaman berkaitan perumahan yang korang boleh buat dengan loan kerajaan.

Antaranya:

  • Pinjaman #1: Beli rumah / petak rumah yang dah siap dibina (subsale),
  • Pinjaman #2: Bina rumah atas tanah sendiri,
  • Pinjaman #3: Beli rumah / petak rumah dalam pembinaan (undercon),
  • Pinjaman #4: Beli tanah dengan tujuan untuk membina rumah,
  • Pinjaman #5: Langsaikan hutang loan rumah yang ada,
  • Pinjaman #6: Bina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan,
  • Pinjaman #7: Ubah suai rumah / petak rumah yang dibeli gunakan loan kerajaan.

Dalam kes ni, korang nak beli rumah subsale (second hand). Bermakna, kita akan apply jenis pinjaman yang #1 (beli rumah atau petak rumah yang dah siap dibina) dekat atas tadi.

Nak tau syarat-syarat untuk pinjaman?  Tok selitkan secara ringkas dekat bawah ni:

  • Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) kalau korang beli rumah dengan pemaju,
  • Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri kalau hakmilik ada sebarang sekatan kepentingan,
  • Baki hutang penjual mestilah dalam had kelayakan pemohon bagi tempoh 6 bulan ke hadapan, jika hartanah telah digadai kepada pihak bank atau sebarang institusi kewangan,
  • Urus niaga kontra hanya dibenarkan jika bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju dan hartanah telah dicagar kepada Lembaga,
  • Pembelian hartanah daripada penjual yang belum mempunyai Hakmilik Individu/Strata adalah dibenarkan, dan tertakluk kepada syarat pembelian hartanah di pasaran sekunder,
  • Pembelian hartanah lelongan adalah dibenarkan, dan tertakluk kepada syarat pembelian hartanah lelongan Lembaga,
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.
KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Loan rumah terbaik untuk staf kerajaan. Ansuran bulanan anda confirm takkan berubah.

Berapa banyak yang anda layak pinjam?

Dah tau jenis pinjaman apa yang korang nak gunakan, baru kita tengok kelayakan pinjaman mengikut tangga gaji terkini korang:

*Elaun tetap yang diambil kira adalah:

  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) / Elaun Perumahan Wilayah (EPW),
  2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) . Imbuhan Tetap Keraian (ITK), dan
  3. Imbuhan Tetap Jawatan Utama / Khas (ITJU).

Kelayakan untuk meminjam tertakluk kepada:

  1. Anggaran Bayaran Balik (ABB) tak lebih 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan
  2. Anggaran baki pendapatan tak kurang daripada RM200, mengambil kira potongan bulanan yang tertera pada slip gaji.

Nota penting: Untuk pinjaman rumah kerajaan buat pertama kali, jumlah potongan untuk bayaran pinjaman tak boleh lebih 60% daripada gaji hakiki semasa. 

Apa syarat-syarat anda wajib ada untuk memohon loan kerajaan?

Oh ya. Wajib untuk korang fahamkan dulu syarat-syarat kelayakan untuk memohon pinjaman rumah kerajaan yang asas ni:

  • Bekerja dalam sektor awan dan berjawatan tetap,
  • Warganegara Malaysia,
  • Dah terima surat pengesahan jawatan,
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun,
  • Borang permohonan pinjaman dikemukakan 1 tahun sebelum bersara, atau tamat tempoh berkhidmat,
  • Bukan seorang yang bankrap / hutang hukuman / staf makan gaji yang tak berkemampuan / dalam proses dikenakan tindakan tatatertib,
  • Perjanjian jual beli dan perjanjian pembinaan rumah perlu ada penyaksian peguam,
  • Pinjaman bersama suami isteri / pinjaman ambil alih antara suami dan isteri / pinjaman dua (2) nama dalam S&P wajib sertakan sekali dengan salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.
KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Dah lebih setahun kerja kerajaan? Anda layak beli rumah dengan loan 100%.

Langkah-langkah memohon loan rumah kerajaan, dari mula sampai habis

Berikut adalah prosedur-prosedur untuk guna loan kerajaan untuk beli rumah second hand:

1. Apabila korang dah kenal pasti rumah apa yang nak dibeli, anda perlu melantik seorang peguam di pihak korang untuk bantu uruskan pembelian rumah.

Korang tak perlu melantik peguam bagi pihak penjual. Takut akan memakan kos dan masa, dan silap haribulan, korang terlepas peluang untuk membeli rumah sebab takde sepakatan antara peguam pihak pembeli dan penjual.

2. Mohon pinjaman perumahan secara online. Korang boleh layari laman web rasmi Pinjaman Perumahan Kerajaan dengan klik link sebelah ni: http://ift.tt/2eal02g

3. Bila korang dah isi dan hantar permohonan, korang wajib print semua borang tu dan minta tandatangan majikan atau Ketua Jabatan.

4. Dalam tempoh 14 hari (bermula darip tarikh korang hantar pemohonan yang dibuat), korang perlu hantar borang yang di tandatangan oleh majikan ke LPPSA.

Sertakan sekali borang dengan beberapa dokumen sokongan, seperti:

  • Salinan IC yang disahkan majikan,
  • Salinan slip gaji yang disahkan majikan,
  • Salinan surat pengesahan jawatan,
  • Salinan dokumen S&P / kontrak pembinaan rumah (yang ini, peguam korang akan sediakan dan sahkan),
  • Surat Aku Janji Pemegang Pertaruhan (peguam korang yang akan sediakan),
  • Salinan geran rumah / geran tanah / carian rasmi (peguam yang akan sediakan dan sahkan),
  • Salinan surat kebenaran / consent pindahmilik dan gadaian (peguam akan sahkan yang ini): 
    • Untuk dapatkan consent dari pejabat tanah mengambil masa tempoh masa 3 hingga 6 bulan, kalau rumah tu berstatus pajakan (leasehold).
    • Kalau rumah tu berstatus freehold tak perlu dapatkan consent (rujuk pada bahagian SYARAT KEPENTINGAN dalam geran yang korang dapat tu).

“Ada tak sebarang dokumen tambahan yang saya perlu sediakan?”

5. Dah sediakan semua dokumen dekat atas tadi?

Segerakan hantar melalui pos kepada LPPSA. Elakkan guna pos biasa dan gunakan pos laju atau mana-mana khidmat kurier yang laju.

Nak lagi bagus? Tuang minyak dalam kereta korang dan hantar terus ke LPPSA di Putrajaya terus.

6. Permohonan akan diproses dan diluluskan oleh LPPSA. Kalau takde apa-apa masalah, korang boleh dapat jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen oleh LPPSA.

Korang digalakkan untuk check status permohonan secara online.

7. Pada masa yang sama, korang perlu sediakan satu (1) salinan Borang 1 / Borang Permohonan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dan surat iringan Jabatan korang ke JPPH untuk tujuan penilaian harga rumah.

Ini sebab LPPSA hanya akan proses permohonan selepas menerima laporan penilaian daripada JPPH mengenai rumah yang anda nak beli.

Biasanya, laporan ini akan dihantar ke LPPSA dalam tempoh 8 hari bekerja dari tarikh JPPH terima Borang 1 tadi.

Kalau korang beli rumah baru bawah pemaju berlesen, tak payah sediakan Borang 1.

Peguam anda akan uruskan banyak perkara, bermula di sini

8. Lepas LPPSA luluskan permohonan korang, mereka akan hantar Surat Tawaran (Offer Letter) kelulusan pembiayaan kat korang.

Biasanya, surat ni akan sampai agak lewat sikit daripada tarikh surat, sebab LPPSA hanya gunakan pos biasa.

Satu salinan surat ni juga akan dihantar ke pejabat peguam, majikan korang dan juga pemaju (ini hanya tertakluk kalau korang beli rumah baru).

9. Dalam surat tawaran tu, akan disertakan sekali Surat Setuju Terima pembiayaan.

Sila hantar surat tu kepada LPPSA dengan kadar segera, kalau korang bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh pihak LPPSA (dari segi jumlah pinjaman yang disediakan).

Masa ni jugak, maklumkan kepada peguam yang korang dah hantar surat setuju terima tu ke LPPSA.

10. Ini membolehkan peguam untuk sediakan beberapa surat seperti:

  • Surat Cara Gadaian,
  • Property Purchase Agreement,
  • Property Sale Agreement.

11. Lepas dah siap semua dokumen tu, peguam akan hubungi korang untuk datang ke pejabat untuk tandatangan segala dokumen-dokumen tu.

Pada waktu ni, kemungkinan besar peguam akan minta korang buat pembayaran awal bagi kos guaman seperti duit open file (buka fail), dan ini bergantung pada peguam.

12. Untuk makluman, sekiranya rumah yang korang nak beli termasuk dalam kategori Tanah Rezab Melayu, peguam akan minta korang tandatangan dokumen-dokumen berkenaan di pejabat tanah berhadapan / bersaksikan penolong pegawai daerah (ADO).

Peguam akan minta wakil peguam untuk menemani korang sekiranya perlu.

Kalau rumah tu bukan dalam kategori Tanah Rezab Melayu, dokumen boleh ditandatangani di hadapan peguam.

13. Lepas dah tandatangan, peguam akan hantar semua dokumen tu ke LPPSA untuk tandatangan oleh wakil pihak LPPSA.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Siapa yang layak beli rumah kos rendah di Malaysia?

Poin 16 – Perkara yang tentukan cepat atau lambat loan anda lepas

14. LPPSA akan pos semula dokumen-dokumen tu ke pejabat peguam setelah (lepas korang dah tandatangan semua dokumen tadi), untuk membolehkan peguam uruskan proses pindahmilik dan gadaian di Pejabat Tanah.

15. Sebagai info, masa yang diperlukan untuk selesaikan proses pindahmilik bagi pinjaman kerajaan adalah lebih lama sikit, berbanding pinjaman bank.

Selain tu, ia juga bergantung pada beberapa faktor lain seperti status hartanah (freehold / leasehold, ada consent atau takde, dan sebagainya), dan jugak gerak kerja peguam.

16. Bagi pinjaman kerajaan, pihak LPPSA hanya akan buat pembayaran balik kepada owner rumah yang dibeli, setelah korang dapat kelulusan consent.

Jadi, kepada semua owner rumah yang berurusan dengan pembeli yang gunakan pinjaman kerajaan, jangan la marah-marah kalau korang lewat untuk dapatkan bayaran balik rumah tu, walaupun selepas beberapa bulan loan rumah tu telah diproses.

Harap korang faham situasi mereka dan bersabar ya.

17. Selama tempoh beberapa bulan lepas consent dah lulus, In Shaa Allah geran rumah dengan nama tuan empunya baru (korang la tu) atas nama pembeli akan dikeluarkan.

Saya nasihatkan kepada para pembeli dan penjual, rajin-rajinkan diri berhubung dengan peguam korang dalam sebulan sekali.

Sekurang-kurangnya korang dapat pastikan peguam korang betul-betul buat kerja.

Buat korang yang kerja kerajaan, tak patut korang abaikan kelebihan yang ramai orang lain gilakan ini.

Tapi tu la. Tok tengok masih ramai lagi yang hanyut dibawa warna-warni duniawi. iPhone harus yang paling terkini, lepak hujung minggu pulak dekat tempat harga gila babi.

Makin lama korang tunggu, makin mereput peluang korang nak beli rumah dengan harga yang tak cekik darah nanti. Jangan cakap Tok tak pesan siap-siap.

Cara buat mark up pinjaman supaya boleh renovate rumah ikut suka hati anda

Dah selesai beli rumah, mestilah nak hias cantik-cantik pulak, kan?

Paling best, korang tak payah sentuh langsung duit sendiri untuk renovate sana-sini. Ada cara nak buat bank “tanggung” semua tu.

Korang serius nak belajar? Klik link bawah ni sekarang:

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

The post Bekerja dalam sektor kerajaan dan plan nak beli rumah second hand? appeared first on GilaHartanah.com.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lCUAhu



✍ Sumber : ☕ GilaHartanah.com


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.