Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO, PAS Sambut Kemenangan Islam Bersama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO, PAS Sambut Kemenangan Islam Bersama

Spread the love

KUALA LUMPUR – “Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, UMNO dan seluruh umat Islam di negara ini”

Demikian ulasan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai kesatuan yang perlu dibentuk umat Islam bersama UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, beliau mengakui usaha untuk membina kesatuan umat lebih sukar daripada melaksanakan syariah Islam di negara ini.

“Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, UMNO dan seluruh umat Islam.

“Kemenangan hasil kesedaran, hormat menghormati, kasih sayang dan persaudaraan Islam tanpa rasa dengki, kecewa dan tewas oleh sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PAS dikecam oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan kerana didakwa menjalin hubungan baik dengan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan itu Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) cuba memujuk PAS kembali bersama dengan mereka.

PAS bagaimanapun menolak pelawaan itu menyebabkan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan melancarkan pelbagai propaganda di media sosial bagi memburuk-burukkan PAS di mata rakyat seperti yang mereka lakukan ke atas UMNO selama ini. -MYNEWSHUB.CC

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyEnJN

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.