Identiti 'pencuri surau' terbongkar, rupanya bekas banduan menyamar wanita
PETALING JAYA: Seorang lelaki bekas banduan sanggup menukar identitinya dengan menyamar sebagai wanita semata-mata untuk melakukan onar dengan mencuri di sebuah bilik solat wanita di sebuah surau kompleks membeli belah, di Bandar Sunway di sini hari ini.
Lelakiitu yang siap bertudung bagaimanapun berjaya dicekup pihak keselamatan pusat membeli-belah terbabit dan lebih malang apabila identitinya terbongkar.
Mangsa sebelum itu menyedari dompetnya hilang, sejurus selesai menunaikan solat Asar di surau terbabit
dan terus menemui pengawal keselamatan untuk membuat aduan.
Pengawal keselamatan kemudinnya memaklumkan kepada mangsa, suspek telah ditangkap dan semua barangan yang hilang dibawa ke Balai Polis Sunway.
Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek baharu sebelas hari keluar dari Penjara Kajang dan memiliki rekod jenayah termasuk kesalahan mencuri.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Mohammad Azlin Sadari, yang mengesahkan kejadian itu berkata suspek kini direman selama empat hari sehingga Rabu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYVwJu✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment