“Kakitangan Hospital Kerajaan Teruk?” – Wanita Kongsi Pengalamannya Sepanjang Rawatan Anaknya Di Hospital
Sebenarnya dah lama nak tulis perkara ini. Tapi tak terjumpa perkataan yang sesuai. Mungkin juga disebabkan kesibukan harian…tak tertulis perkara ini. Tapi, sebab makin menjadi-jadi, saya tuliskan juga.
Baru-baru ini, Miera dimasukkan ke hospital. Acute bronchitis. Senang cerita…dia tak dapat bernafas. Next month, umurnya masuk 2 tahun. Menghidap asthma sejak umur 4 bulan. Sebab sakit? Exposure to toxicity.
Walaupun kami ada insurance coverage untuk Miera, saya lebih percaya Hospital Ampang when it comes to kids being sick. Bukan tak pernah pergi hospital swasta, tapi doktor di Hospital Ampang lebih teliti dalam memeriksa dan diagnos anak saya.
She was brought over to the Red Zone at the Emergency Ward. Bagi yang tak ada anak, let me tell you…bila anak kita yang masih kecil, masuk Red Zone yang hanya menerima pesakit kritikal hanya kerana dia tak dapat bernafas dengan elok, hati seorang ibu itu hancur dan jadi takut sangat. Of course she had to be warded. Alhamdulillah, she recovered.
But…Miera being in the hospital is NOT why I am writing. Saya menulis untuk bercerita tentang sikap doktor-doktor dan jururawat yang saya jumpa sepanjang dia di dalam wad.
———————-
ON DOCTORS
You know the horror stories you read about government hospitals with bad nurses and even worse doctors? They’re everywhere, really….even in private hospitals. Tapi, sebanyak-banyak jururawat dan doktor yang perangai mereka teruk, lebih ramai lagi yang bagus, baik dan pandai menjalankan tugas. Dalam seorang jururawat yang menengking, 10 lagi yang lembut.
Miera di tempatkan di wad 4B. Diberi nebuliser setiap sejam, kemudian setiap 2 jam, kemudian setiap 4 jam. Ditambah juga dengan ubat menguatkan paru-paru. Dia di bawah pengawasan doktor-doktor pakar pediatrik yang bertanya macam-macam soalan untuk memastikan diagnos yang diberikan tepat.
Ramai yang marah bila doktor tanya macam-macam.
Tahu tak sebenarnya, doktor-doktor kerajaan ini takde surveillance camera untuk setiap penduduk di Malaysia ni jadi, mereka sebenarnya tak tahu nak rawat kita macam mana kalau kita tak terangkan secara TERPERINCI supaya mereka boleh berikan kita ubat yang betul? Datang jumpa doktor kerana batuk boleh jadi akibat cuaca, boleh jadi akibat tersedak makanan, boleh jadi akibat jangkitan kuman, boleh jadi sebab rumah berdebu. Itu baru batuk. Dah kalau dia tanya keadaan rumah kita tu, bukannya sebab dia suka-suka nak menyibuk tapi sebab dia nak tahu kesemua possibilty punca kita sakit. Dah tahu, barulah boleh rawat.
————————-
ON NURSES
Saya tak tahu mana datangnya budaya melayan jururawat seperti pembantu rumah. Kalau mintak cara baik tu, tahan lah jugak, ini herdik, cakap kasar-kasar dengan nurses. Bila tak puas hati, viral dalam internet.
Bilik Miera, memanglah kelas 3, tapi, kedudukannya bersebelahan dengan stesyen jururawat. Dalam bilik yang sepatutnya untuk 4 orang pesakit, ada 6 orang pesakit. Baru satu bilik. Dalam wad ada berapa bilik? Berapa katil? Nisbahkan dengan berapa orang jururawat dan pembantu wad?
Saya bercakap dari perspektif seorang ibu yang duduk menjaga anaknya yang sakit dan turut bermalam di hospital. Do you honestly think that these 7-8 nurses in a ward of about 30 patients have the time untuk mandikan anak anda sedangkan anda seorang ibu/bapa yang ada disitu untuk menjaga anak anda? No, of course NOT. Dalam satu wad tu, tahu tak berapa orang patient yang mungkin tiba-tiba collapsed and required immediate attention? You ada dekat situ, kan? Jaga lah sendiri! Tengok macam mana nurse administer ubat the 1st, 2nd time dan offer untuk belajar supaya kita yang menjaga ini reti buat sendiri.
Sebab apa? Hubungan antara kita dengan ahli keluarga yang sakit itu lebih rapat berbanding dengan jururawat yang sememangnya stranger dalam hidup kita. Ahli keluarga yang sakit itu lebih makan pujukan kita berbanding dengan stranger yang bernama jururawat. Also, bila dah lepas discharge, siapa yang perlu jaga pesakit ini? Bukan ahli keluarga juga? Tak salahnya nak belajar.
Santunnya jururawat dan doktor di hospital ini…mereka memanggil saya dan ibu-ibu lain dengan panggilan ‘Mak’ atau ‘Ibu’. Tak lembut lagikah panggilan ini? Ada juga yang panggil saya dengan panggilan ‘Puan.’ Sentuh anak saya dengan selembut-lembut sentuhan. Minta izin daripada ANAK saya untuk dengar pernafasan dia. Masih kasar lagi sampai nak diambil-ambil gambar seolah-olah mereka ini culas membuat kerja?
Dan nurses ini juga bila masuk ke dalam wad, walaupun tengah malam atau penghujung shift, masih boleh mengukir senyuman dan berusaha untuk penuhkan permintaan ibubapa yang macam-macam. Kerana apa? Kerana mereka faham, kami risau tengok keadaan anak. Kenapa sikap jururawat yang rata-ratanya konsisten begini tak diviralkan? Setiap pagi, mereka minta untuk tukarkan cadar katil pesakit…setiap hari macam hotel housekeeping.
Kenapa berat sangat mulut nak ucap terima kasih? Di tengah-tengah malam, bila ada anak yang bangun sesak nafas, dengan segeranya nurses ini datang dengan bantuan sehingga anak itu samada elok boleh tidur semula atau wheel ke ICU, tak boleh dihargai?
Kenapa yang kita nampak hanyalah katil terlampau kecil untuk ibu/bapa baring bersama. Oi…katil tu untuk pesakit kot…bukannya untuk penjaga pesakit.
To be honest, sepanjang pengalaman saya menjaga orang sakit on and off for about 14 tahun ini, saya mungkin jumpa 3-4 jururawat yang garang dan suka marah-marah. Tapi, bila ditegur baik-baik, kelakuan mereka terhadap saya pun jadi baik juga. Yang lain-lain? Dengan penuh sopan, dengan santun namun tegas dan cergas dalam menjalankan tugas. So kenapa nak di anti kan sangat kerja jururawat ini sampai sanggup gelar mereka dengan kata-kata nista dan diherdik seolah-olah mereka ini tersangatnya hina?
Dengan mereka menjaga pesakit yang datang tak berhenti, salahkah kita bantu mereka dengan melakukan tanggungjawab sebagai seorang penjaga pesakit dengan baik?
Rata-rata yang anak masuk hospital saya lihat, mahu lagi melayan kerenah anak yang sakit. Yang ibubapa masuk hospital? Suap makan pun tak mahu, inikan pula tukarkan lampin atau lapkan muntah.
———————-
ON HOSPITAL CHARGES
Yang ini saya nak ketawa pun ada. Ada seorang ‘ibu’ ini, bising sebab anaknya yang dibawa untuk pemeriksaan kesihatan perlu membayar RM1 untuk pemeriksaan tersebut kerana anaknya sudah lebih setahun. Timbang berat je, katanya. Ini, katanya bukti ekonomi merundum.
Anak-anak saya lahir di hospital swasta. Untuk pemeriksaan kesihatan yang cuma require doctor’s observation saja pun, saya perlu bayar RM60. Itu yang paling murah pernah saya jumpa.
Kalau dek RM1 tu nak dijadikan bukti negara bankrap, ini pula bayaran yang saya perlu bayar semasa mahu discharge anak saya. Daripada dia di Wad Kecemasan, dia diberi ubat dari setiap sejam ke 2 jam ke 4 jam ke 6 jam sehingga dia dibenarkan keluar. Ditambah pula dengan harga wad dan harga ubat-ubat dan juga temujanji rawatan susulan dan beberapa lagi benda-benda kecil rawatan yang kami terima, kos rawatan untuk Miera ialah RM780.00
Namun, sebab dia diberikan subsidi oleh kerajaan, saya hanya membayar sebanyak RM6 untuk kesemua rawatan yang anak saya terima.
Miera pernah dimasukkan ke hospital swasta. Untuk satu malam berserta rawatan dan konsultasi dan penggunaan wad kecemasan, harganya hampir mencecah ribuan ringgit, lebih lagi berbanding dengan rawatan yang kami terima untuk Miera yang bermalam di hospital kerajaan.
You tell me…for you untuk timbang berat anak dan konsultasi doktor, bayar RM1 dan katanya negara nak bankrap and for me yang anak terpaksa warded, diberi ubat macam-macam sampai sembuh, dikelilingi doktor pakar dan disubsidi sehingga RM774 means, what exactly? Negara terlebih duit kah?
Jangan gitu…Orang yang kita sayang sakit, diberi rawatan, bersyukurlah. Ni kita duduk di Malaysia, masih dijaga kebajikan kita walaupun pada kita tak sempurna. Jangan doakan negara bankrap. Kalau betul bankrap kejap lagi, anak masuk hospital pun tak guna…negara kita tak mampu beli ubat. Siapkan kain kafan je la. Tak nak kan?
————————
ON INSURANCE
Personally, kalau orang tanya…dah kalau hospital kerajaan bagus, perlu ke ambil insurance. Dah nama pun insurance. Bila kita sakit, kita tak fikir dah duit. Kita fikir nak dapatkan rawatan segera. Hospital kerajaan memang sentiasa penuh dan boleh menyebabkan kita lambat dapat rawatan. Insurance membolehkan kita dapatkan timely treatment di mana-mana hospital yang terdekat. Even if, it is private. Sekarang ni ada ramai agen Takaful yang boleh bantu…I’m not an agent so I can’t say much in this matter. But I will say this: Kasut pun kita ada 3-4 pasang…takkan benda melibatkan nyawa tak nak ada back-up plan kot?
——————-
As it is, I cannot thank you enough all the nurses and all the doctors that took care of my Miera sampai dia boleh discharge dan sembuh. Semoga kalian semua di dalam limpahan rahmat Tuhan yang Maha Kuasa.
If any of my friends yang ada anak kecil sakit, Hospital Ampang is a very good hospital for kids. I don’t know about adults…but for kids? This is the place for you to go.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2zbhq✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment