Hi! Welcome Back and Stay Tune! Blogger Ditahan Buat Kenyataan Fitnah, Hasutan Terhadap Kepimpinan Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Blogger Ditahan Buat Kenyataan Fitnah, Hasutan Terhadap Kepimpinan Negara

Spread the love

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang blogger hari ini kerana dikatakan membuat kenyataan berunsur fitnah dan hasutan terhadap kepimpinan negara menerusi laman blog.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki bergelar datuk berumur 64 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, di sini.

“Polis Johor telah menerima satu laporan polis berkenaan kenyataan berunsur fitnah dan hasutan terhadap kepimpinan (negara) menerusi laman blog pada 3.06 petang, hari ini.

“Kenyataan tersebut boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Polis Johor menasihati orang ramai supaya tidak membuat dan menyebarkan apa-apa kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam melalui mana-mana aplikasi komputer.

Orang ramai juga dinasihati tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana kenyataan dan tidak membuat andaian salah terhadap perkembangan isu semasa dalam negara tanpa merujuk kepada sumber yang sah dan boleh dipercayai, katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l7MNIK

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.