Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Kedah Akan Lancar Operasi Buru Pemegang Saman Tertunggak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Kedah Akan Lancar Operasi Buru Pemegang Saman Tertunggak

ALOR SETAR: Pengguna jalan raya di Kedah yang mempunyai saman tertunggak diingatkan agar segera melunaskannya sebelum mereka ditahan dalam operasi yang akan dilancarkan di seluruh negeri.

Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar, DSP Chuah Seong Lim berkata, operasi oleh Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah akan dilancar serentak bagi memburu pesalah trafik yang masih liat untuk membayar saman.

”Operasi tiga jam di Jalan Sultanah Sambungan hari ini berjaya kesan 161 pesalah yang mempunyai saman tertunggak.

”Ada pesalah yang ditahan memiliki 18 saman tertunggak dan ada antara mereka yang langsung tidak menyedari mereka mempunyai saman trafik,” katanya.

Seong Lim berkata demikian  selepas mengetuai sekatan jalan raya yang melibatkan 14 anggota bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.45 tengah hari di sini, hari ini

Beliau menambah, operasi besar-besaran ini akan menggunakan kamera i-Cops yang membolehkan butiran setiap kenderaan dianalisa serta merta bagi mengesan pesalah dengan saman tertunggak.

”Kita hendak kesan saman-saman lampau yang belum dijelaskan lagi. Selain itu kita akan meluaskan sekatan operasi sebegini bagi mengurangkan kadar kemalangan maut,” ujarnya.

Mereka yang mempunyai saman katanya, diberi peluang memperbaharui saman agar mereka boleh membayar kompaun atau menghadirkan diri ke mahkamah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l7NLVF

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.