Suspek Tiada Tanda-tanda Sakit Berkaitan Agen Saraf VX – Subramaniam
KUALA LUMPUR: Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit akibat terdedah kepada bahan toksik yang membawa maut itu.
“Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan dan kedua-dua suspek bebas daripada (kesan) agen saraf berkenaan serta tiada tanda-tanda sakit pada kedua-duanya,” kata Dr Subramaniam kepada pemberita, di sini hari ini.
Dilaporkan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, sedang menunggu penerbangannya ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lalu apabila dua wanita tiba-tiba menyapu mukanya dengan tangan mereka yang disembur bahan disyaki racun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.
Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Kedua-dua suspek warga Indonesia dan Vietnam terbabit dijangka didakwa esok berhubung pembunuhan berkenaan.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSJHWu✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment