Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Beli Rumah Dulu, Dah Ada Harta Baru Fikir Travel?” – Ini Nasihat Akak Bagi Mereka Yang Masih Keliru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Beli Rumah Dulu, Dah Ada Harta Baru Fikir Travel?” – Ini Nasihat Akak Bagi Mereka Yang Masih Keliru

Keluar mengembara tidak semestinya kena ke luar negara berpassport bagai. Syarat untuk musafir hanyalah memerlukan jarak lebih dari dua marhalah atau lebih kurang 90 km saja. Kiranya kalau kau duduk di Gemencheh dan pergi ke Taiping itu pun dah dikira bermusafir/travel.

Jadi sudah beberapa kali aku terdengar atau terbaca orang masih duduk berdebat mengenai samada lebih baik untuk travel atau kumpul harta sewaktu muda.

Ini yang aku nak bagi tahu:

Secara peribadinya, seperti yang kau tahu, aku memang sangat galakkan orang untuk keluar travel. Walau bagi mereka yang bercita-cita untuk mengumpulkan harta seperti membeli rumah, membeli tanah, belilah.

Kau ada duit, buatlah apapun. Asalkan tak beli benda yang Allah SWT marah. Cuma, jangan biasakan mulut berkata, “Beli rumah dulu, dah ada harta baru fikir travel”

Tukar pemikiran tu.

“Beli rumah dan travel selagi masih muda, sihat, dan belum perang dunia ketiga.”

Kenapa nak buat salah satu saja sedangkan kau boleh buat kedua-duanya?

Tak cukup duit?

Duit tak cukup apabila kau fikir ia tak cukup. Rezeki yang berkat bukan dalam bentuk harta yang melimpah, tetapi apabila kita berasa cukup.

Macam mana nak rasa cukup?

  • Bersyukur
  • Jangan merungut
  • Belanja harian ikut keperluan sahaja.
  • Sedar diri = beli rumah, kereta, gajet, dan travel gaya ukur baju di badan sendiri. Jangan gaji taraf miskin bandar tapi kereta nak BR-V. Rumah alamat nak ada Heights. iPhone nak tukar setiap kali keluar baru. Travel acah VIP.

Macam mana nak kumpul duit untuk travel? Yang baru sampai ke page ni sila skrol posting lepas2. Banyak kali dah aku share tip kumpul dana travel diri sendiri.

Dan kepada geng yang memang rasa sampai tua takkan mampu nak beli rumah, jangan gelisah. Pergi travel. Kita masih boleh hidup secara nomad – berjalan dan berumah di mana-mana saja asalkan jangan kau ceroboh rumah dan pejabat orang lain.

Mana nak dapat duit kalau travel nomad macam tu? Kerjalah di hostel ke, restoran ke. Travel ni bukan sekadar rilek tepi kolam renang sambil minum fresh orange gelas ada payung je wei.

Daripada asyik percaya diri tak cukup duit, lagi bagus kau percaya diri tak ada kesempatan umur yang panjang.

Nak seribu daya. Tak nak sudah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2liHwtj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.