PPBM Tak Hadir Rundingan Agihan Kerusi, 'homework' Belum Siap – Saifuddin
KUALA LUMPUR: Wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak hadir dalam mesyuarat rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia sepatutnya dihadiri oleh Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.
“Bagaimanapun saya telah dimaklumkan tentang ketidakhadiran itu. Mukhriz dalam makluman kepada saya PPBM memerlukan sedikit lagi masa kerana tugas untuk kenalpasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi parti itu diamanahkan kepada Tan Sri Ab Rashid.
“Jadi saya difahamkan ‘homework’ itu belum selesai, manakala PKR, DAP dan Amanah kami telah bersedia dengan kerusi-kerusi yang kami sasarkan untuk kami tuntut,” katanya selepas mesyuarat di Wisma Amanah Negara di sini hari ini.
BACA: PPBM mahu jalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan Pas – Mukhriz
BACA: Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti – Nik Abduh
Kata Saifuddin, beliau faham bahawa PPBM merupakan satu parti yang baru ditubuhkan dan mereka kini sedang membaca tentang keupayaan dan kemampuan di setiap negeri.
Malah mesyuarat juga bersetuju untuk memberi ruang yang munasabah untuk PPBM supaya mereka lebih sedia mengemukakan tuntutan.
“Kami juga pernah melalui proses itu pada 1999, jadi untuk itu kita teruskan dan saya tidak lihat ada sebarang masalah untuk PPBM ikut serta pada mesyuarat seterusnya,” katanya.
Selain Saifuddin, antara lain yang hadir adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tsin, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Anuar Tahir dan Pengarah Pilihanraya Amanah Dr Mohd Hatta Md. Ramli.
Selain itu, ia turut dihadiri Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan Setiausaha Agung Organisasi DAP Anthony Loke.
Saifuddin juga memaklumkan, mereka bersetuju menetapkan beberapa perimeter atau asas sesuatu kerusi itu untuk dituntut sesuatu parti.
“Ada beberapa tuntutan kerusi bertindih, namun ia sangat minima sekali gus menunjukkan formula yang diguna pakai berkesan dalam menyusun atur gerakan menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU tidak lama lagi.
“Yang penting di semua kerusi yang ditandingi BN…kami akan lawan,” tegasnya.
Dan semestinya jelas Saifuddin, mesyuarat itu tidak langsung melibatkan perbincangan tentang Pas.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzo1yg✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment