Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Jong Nam: Hanya Waris Sah Boleh Tuntut Mayat – Khalid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Jong Nam: Hanya Waris Sah Boleh Tuntut Mayat – Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengulangi hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, di sini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan menerima tuntutan daripada pihak lain termasuk kedutaan atau delegasi Korea Utara kerana ia merupakan prosedur operasi standard dalam proses menuntut mayat di negara ini.

“Polis perlu sahkan DNA mayat itu terlebih dahulu yang perlu dilakukan oleh keluarga mangsa.

“Selepas itu baru kami akan serahkan kepada keluarga dan terpulang kepada mereka hendak lakukan apa terhadap mayat berkenaan,” katanya kepada Bernama.

BACA: Pembunuhan Jong Nam: Malaysia sedia kongsi maklumat selepas siasatan, pendakwaan selesai – TPM

BACA: Polis nafi waris Kim Jong Nam tiba di Malaysia – Khalid

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa bahawa Korea Utara telah menghantar delegasinya ke Malaysia bagi menuntut mayat itu.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pihaknnya telah memenuhi segala piawaian antarabangsa bagi siasatan kes dan proses bedah siasat ke atas mayat.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan tujuh suspek dalam kes tersebut yang masih bebas, Khalid berkata pihaknya masih menjejaki mereka.

“Walaupun dua suspek wanita kes berkenaan iaitu seorang warga Vietnam (Doan Thi Huong) dan Indonesia (Siti Aisyah) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang esok, polis akan terus mencari kesemua mereka bagi membantu siasatan.

“Kami akan menggunakan semua saluran yang ada termasuk mendapatkan kerjasama polis Interpol,” katanya.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dilapor menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSBzoE

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.