Harga Bahan Api Bagi Mac 2017 – Diesel Naik 5 Sen Seliter, Petrol RON 95 Dan RON 97 Pula Kekal
Selepas menyaksikan kenaikan harga bahan api Februari 2017 lalu, perkembangan bagi bulan Mac mungkin sedikit melegakan. Tiada kenaikan harga petrol; RON 95 akan kekal dijual pada harga RM2.30 seliter, manakala RON 97 juga kekal pada harga RM2.60 seliter.
Bagaimanapun, sedikit berbeza halnya dengan bahan api diesel; harga pada bulan Mac akan naik 5 sen. Ia akan dijual pada harga RM2.20 seliter, sementara diesel Euro 5 pula pada harga RM2.30 seliter – harga yang sama dengan petrol RON 95.
Februari 2017 mencatatkan kenaikan harga bahan api yang agak ketara, sebanyak 20 sen bagi petrol, manakala diesel naik 10 sen. September 2016 mencatatkan harga runcit terendah dalam masa terdekat dengan pelaksanaan sistem harga apungan, dengan RON 95 dijual pada harga RM1.70 seliter, sementara RON 97 pada RM2.05.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lPiLZf✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment