Hi! Welcome Back and Stay Tune! Musim Mentarang Bawa Rezeki Lumayan Penduduk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Musim Mentarang Bawa Rezeki Lumayan Penduduk

Spread the love

JERLUN – Mentarang berupaya mendatangkan pendapatan sampingan yang lumayan kepada penduduk. Menurut mereka, selain rasanya manis, siput bermusim ini turut mempunyai khasiat tersendiri seperti mampu mengawal tekanan darah.

“Setiap hari saya dapat menjual antara 30 hingga 50 kilogram mentarang dengan pendapatan mencecah RM500 sehari,” kata Rohani Bakar, 45.

Beliau berkata beliau mendapat bekalan daripada seorang peraih dari Yan dan nelayan setempat.

“Mentarang yang gemar hidup di dalam lumpur hanya boleh didapati antara bulan November dan Mei. Selalunya mentarang akan dibakar atau direbus sebelum dikopek dan isinya dicicah mengikut citarasa sendiri,” katanya.

Rohani berkata pada bulan November lalu, permintaan terhadap mentarang yang dijualnya meningkat sekali ganda hingga mencecah 70 atau 80 kilogram sehari.

“Oleh kerana gerai kami terletak di jalan keluar masuk antara Perlis dan Thailand, maka ramai pelanggan yang singgah untuk membeli sehingga ada kala bekalannya tidak mencukupi.

“Harga bagi setiap kilogram dijual antara RM10 hingga RM12 mengikut saiz, manakala isi mentarang yang siap diproses dijual pada harga RM10 sebungkus,” katanya.

Selain mentarang, Rohani dan suaminya Ismail Zakaria, 48, turut menjual belangkas pada harga RM14 seekor.

“Belangkas hanya dibeli orang yang biasa memakannya. Selalunya telur belangkas menjadi pilihan kerana rasanya dikatakan sedap,” katanya yang turut menjual belacan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzNF6m

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.