Hi! Welcome Back and Stay Tune! MWC 2017 – Nokia 3310 (2017) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MWC 2017 – Nokia 3310 (2017)

Siapa yang tidak kenal dengan Nokia 3310. Jika anda golongan muda yang mungkin tidak berkesempatan menggunakannya, saya pasti anda juga kerap melihat telefon ini dijadikan meme dan mengetahui mengenai telefon ini. Telefon ini mempunyai lagendanya tersendiri kerana ketahanan dan kelasakannya malah unit yang saya miliki masih berfungsi walau terjatuh dalam lopak air.

Pastinya ramai diantara pemilik peranti ini yang mempunyai kisah yang sama, dan Nokia menerusi pihak HMD Global telah memperkenalkan Nokia 3310 2017 di acara Mobile World Congress. Pengenalan peranti ini secara tidak langsung mengembalikan nostalgia pengguna yang pernah memilikinya dan kami berkesempatan untuk mencuba peranti ini dengan singkat.

Nokia 3310 2017
Skrin 2.4-inci QVGA
Pemproses  –
Memori  –
Storan 16MB + Kad Mikro-SD Sehingga 32GB
Kamera Utama 2 MP
Kamera Depan  –
Sistem Nokia Series 30+
Bateri 1,200 mAh
Ciri-ciri Menyokong dwi-SIM, boleh bertahan 30 hari

Nokia 3310 2017 dihasilkan dalam pilihan warna yang mengikuti tema warna asal dan versi yang dicuba oleh kami merupakan warna biru yang juga sangat popular dikalangan pengguna. Dari segi sifat fizikal, ia lebih ringan dan lebih nipis berbanding versi terdahulu, sekitar 50% lebih nipis. Ia mempunyai kelebaran dan ketinggian yang hampir sama dan mengekalkan tema rekaan asal.

Terdapat beberapa pembaharuan yang diperkenalkan dan salah satu perkara yang menjadi kelainan adalah dari segi papan kekuncinya. Sewaktu Nokia 3310 diperkenalkan, hanya satu butang ‘pilihan’ yang terdapat namun pada Nokia 3310 2017 terdapat tiga butang pilihan, serta dilengkapi butang kawalan empat arah sesuai dengan evolusi peranti-peranti lama yang memudahkan navigasi tanpa skrin sentuh.

Dari segi paparan, ia menggunakan paparan 2.4-inci QVGA berwarna yang besar dan memenuhi hampir separuh peranti ini. Kemasan paparannya juga melengkung, dan tidak terbenam seperti dahulu. Pada bahagian belakang peranti ini terdapat kamera 2MP dengan lampu LED. Dengan storan dalaman 16MB, anda boleh menambah kapasiti storan sehingga 32GB pada slot kat SD-Mikro yang boleh diakses dengan membuka penutup belakang peranti ini. Antara spesifikasi lain peranti ini termasuklah bateri 1200 mAh yang boleh dikeluarkan dan pada kapasiti penuh ia boleh bertahan sehingga 31 hari. Nokia 3310 2017 dicaj menggunakan kabel Micro-USB dan menyokong rangkaian 2G.

Kami mencuba peranti ini untuk masa yang singkat. Boleh dikatakan ia menimbulkan nostalgia dari segi penggunaan, kerana terdapatnya fungsi-fungsi yang asas seperti radio FM dan juga permainan Snake. Namun salah satu perkara yang tidak dapat dicuba adalah dari segi ketahanannya. Meskipun unit yang kami cuba adalah unit yang tidak diikat sepertimana kebiasaan peranti pada ruang pameran, namun kami tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang ujian ketahanan.

Dari segi praktikal, mungkin peranti ini anda boleh miliki jika anda ingin kekal berkomunikasi secara panggilan mahupun permesejan, namun jika anda kerap menggunakan aplikasi permesejan seperti Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya, telefon ini tidak menyokong aplikasi sebegini. Mungkin ia lebih sesuai untuk menjadi peranti kedua berbanding peranti utama kegunaan seharian.

Telefon yang mengimbau nostalgia ini dijual di pasaran Eropah pada harga 49 Euro ( ~RM 230) dan bakal hadir ke pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini, berkemungkinan seawal bulan April 2017 atau Jun 2017. Apakah pendapat anda? Mahukah anda memilikinya ?

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2rcAY



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.