Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ Akan ‘Ganggu’ Tumpuan Lawan, Pengadil – Raja Ahmad Zainuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ Akan ‘Ganggu’ Tumpuan Lawan, Pengadil – Raja Ahmad Zainuddin

Kuala Lumpur: “Bagi saya pentas Liga Malaysia (Liga-M) tidak sesuai kerana tumpuan pemain lawan dan pengadil pasti akan tergugat,” itu pandangan bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai kesediaan pemilik Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim beraksi sebagai pemain kelab itu.

Katanya, cadangan Tunku Ismail itu baginya cukup ganjil dan ia sama sekali jarang berlaku biarpun jelas tindakan itu tidak melanggar mana-mana peraturan pertandingan.

“Bagaimanapun, berdasarkan status Tunku Ismail sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan tokoh bola sepak tempatan yang disegani ketika ini, saya melihat idea itu tidak praktikal kerana boleh menjejaskan keputusan perlawanan.

“Saya tak kata tak boleh, cuma situasi itu pasti akan mengundang rasa kekok dan janggal kepada pemain lawan dan pengadil apabila mereka beraksi.

“Bayangkan bagaimana pihak lawan cuba menyekat pergerakan TMJ serta pengadil nanti. Bagi beliau mungkin tidak ada masalah dan boleh terima, tapi orang lain akan rasa begitu.

“Jadi bila ia berlaku, di manakah nilai dan objektif sebenar saingan Liga-M. Tapi kalau nak bermain dalam aksi persahabatan tak ada masalah, cuma liga utama saya rasa tidak sesuai untuk beliau. Malah, takut-takut kalau ada yang ambil kesempatan,” katanya semalam.

Kelmarin, menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Johor Southern Tigers, Johor DT menjanjikan tiga perubahan besar akan dilakukan pada Mei ini dalam usaha mempertahankan dua kejuaraan yang dimenangi musim lalu (Piala FA dan Liga Super) apabila bakal mendaftarkan TMJ sebagai pemain Harimau Selatan.

“Untuk menaikkan semangat dan motivasi pemain, saya rasa tidak perlu sampai beliau beraksi bersama pasukan. Beliau boleh saja datang ke stadium dan beri kata-kata semangat kepada pemain.

“Niatnya bagus tapi janganlah sampai langgar sempadan hingga korbankan nilai sebenar sesuatu liga bola sepak itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengesahkan tiada halangan buat TMJ sekiranya benar beliau berhasrat untuk beraksi dalam Liga-M.

“Boleh… tapi TMJ mesti ikut proses wajib iaitu perlu ada kontrak profesional, laporan perubatan dan juga insurans. Jika semua dokumen itu lengkap, tiada masalah untuk mereka mendaftarkan TMJ sebagai pemain asalkan ia dibuat dalam tempoh pendaftaran yang dibenarkan,” kata Kevin.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l7NL87

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.