Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak Maut Dilanggar Kereta Bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak Maut Dilanggar Kereta Bapa

Spread the love

KUANTAN – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dilanggar kereta bapanya yang sedang mengundur di perumahan Felda Mawar Jengka 10, Maran dekat sini, pada 9.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mazlan Hassan berkata mangsa Nur Aireena Ilhani Azizi dilanggar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux semasa bapanya Azizi Ramli, 48, yang merupakan peniaga mahu mengambil tong gas di kedainya.

“Bapa mangsa tidak menyedari anaknya berada di belakang kenderaan. Beliau keluar untuk memeriksa kereta selepas mendengar bunyi sesuatu dan menjumpai mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bawah kereta.

“Bapa mangsa membawanya ke Hospital Jengka, tapi beliau disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mazlan menambah bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Tun Abdul Razak, Maran dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, jenazah mangsa juga telah dituntut bagi urusan pengebumian kira-kira pukul 3 petang tadi.

Sementara itu, abang mangsa Muhamad Aiman, 18, berkata menjadi kebiasaan kepada mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu untuk keluar apabila melihat bapa mereka pulang ke rumah.

Katanya, semasa kejadian bapanya baharu pulang daripada menghantar barang tetapi menerima panggilan telefon daripada seorang pelanggan yang meminta sebuah tong gas dihantar ke rumah.

“Ayah mengundurkan kereta kerana mahu mengambil tong gas yang diletakkan di hadapan kedai. Tiada siapa yang sedar adik telah membuka pintu jeriji untuk keluar,” katanya.

Muhamad Aiman menambah ibunya Noraini Mohamad, 41, pengsan apabila melihat kejadian yang menimpa mangsa, yang juga merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSHLwR

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.