Hi! Welcome Back and Stay Tune! 396 Lagi Migran Syria Terima Kad IMM13 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

396 Lagi Migran Syria Terima Kad IMM13

KAJANG: Sebanyak 396 migran Syria yang mengikuti Program Penempatan Sementara Migran Syria, PPSMS hari ini menerima Kad IMM13 yang membolehkan mereka belajar, bekerja dan menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing secara sah di Semenanjung Malaysia.

Setiausaha Bahagian, Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Shahril Ismail berkata, ini bagi memenuhi komitmen Malaysia sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Sesi Khas Persidangan Bangsa Bersatu pada Oktober 2015.

“Sehingga hari ini, seramai 507 migran Syria yang berdaftar sama ada telah, sedang atau akan mengikuti PPSMS.

“PPSMS akan dihentikan setelah jumlah migran Syria mencapai 3,000 orang atau satu jumlah yang akan dipersetujui kerajaan bergantung kepada kejayaan program ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan Kad IMM13 kepada migran yang berjaya mengikuti PPSMS di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam ucapannya dalam UNGGA memberikan komitmen Malaysia untuk menerima 3,000 pelarian Syria selagi negara mereka masih bergolak.

Ini merupakan kumpulan kedua migran Syria yang menerima Kad IMM13 selepas kumpulan pertama yang terdiri daripada 68 migran di bawah PPSMS menerimanya pada April tahun lalu.

PPSMS merupakan program di bawah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri dan mendapat kerjasama Gabungan NGO Kemanusia Syria antaranya Malaysia Humanitarian Aid and Relief, Syria Care Malaysia, Malaysia Life Line For Syria dan Humanitarian Care Malaysia.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzsod1

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.