Ratu Cantik Pilihan Hans Isaac Untuk Tamatkan Zaman Bujang
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit popular Datuk Hans Isaac, 45, mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Aileen Gabriella Robinson, 28, pada 29 Julai ini.
Dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur hari ini, Hans turut berkongsikan beliau sudah bertunang dengan pasangannya pada 29 Januari lalu di Gereja Good Shepard di Singapura.
“Pertemuan pertama kami adalah pada 2011 ketika Gabriella menyertai Miss Tourism International dan saya adalah jurinya.
“Namun kami mula menjalinkan hubungan sebagai kekasih pada tahun lalu,” jelas Hans.
Kata Hans, cara Gabriella membawa diri dan sikap santunnya menjadikan beliau tertarik hati dengan gadis tersebut.
Sementara itu, bagi Gabriella jurang usia 17 tahun antara mereka bukan penghalang untuk memahami pasangan masing-masing.
“Walaupun Hans sibuk dengan kerjanya namun Hans tetap bertanggungjawab dan mengutamakan keluarganya. Itu menarik perhatian saya.
“Perwatakan Hans yang sangat teratur turut mengajar saya banyak perkara. Keperibadiannya yang sangat positif turut menjadikan saya lebih positif,” tambah Gabriella dalam sidang media yang sama.
Hans dan Gabriella akan melangsungkan perkahwinan mereka di Gereja St John Catheral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6mR06✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment