Hi! Welcome Back and Stay Tune! PESAKA Dipilih Penerima Anugerah SAM-100PLUS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PESAKA Dipilih Penerima Anugerah SAM-100PLUS

KUALA LUMPUR: Kejayaan dua atlet naungan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) merangkul hatrik dalam kejohanan dunia membuktikan program dikendalikan badan induk itu berjaya melahirkan ramai pesilat bertaraf antarabangsa.

Lantaran prestasi cemerlang itu, ia membolehkan persatuan berkenaan dipilih sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik pada Majlis Anugerah Sukan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2016 di Hotel Concorde Kuala Lumpur, 2 Mac ini.

Menurut SAM, jaguh silat negara dan Olahragawan Negara 2015, Al Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohd Nasir, masing-masing berjaya merangkul gelaran hatrik dalam penampilan mereka di Kejohanan Pencak Silat Dunia di Bali, Indonesia pada Disember tahun lalu.

Katanya, pada kejohanan itu, skuad silat negara menamatkan kempen dengan tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

“Kejayaan atlet meraih pingat dalam setiap kejohanan baik di dalam dan luar negara serta kredibiliti kepimpinan yang diterajui Tan Sri Mohd Ali Rustam secara langsung menunjukkan kegigihan PESAKA mempertingkatkan mutu sukan silat di negara ini.

“PESAKA turut memainkan peranan dalam memberi nafas baharu serta nilai komersial kepada pertandingan silat dengan memperkenalkan Kejohanan One Silat, yang membabitkan penyertaan pesilat profesional dari dari dalam dan luar negara, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis malam Anugerah SAM-100Plus 2016 itu bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

SAM berkata, apabila memperkatakan mengenai PESAKA, komuniti sukan tahu bahawa mereka tidak pernah menghampakan negara dalam meraih kejayaan dalam mana-mana kejohanan atau temasya sukan.

“Dalam usaha mempertingkatkan prestasi sukan silat olahraga, PESAKA sentiasa menyediakan pelbagai program kejurulatihan, program pencarian bakat dan menganjurkan pelbagai kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Salah satu inisiatif PESAKA ialah mewujudkan program 1Sekolah 1Silat dalam tempoh lima tahun dengan menyasarkan pembabitan 10,000 sekolah, ” katanya.

Katanya, setakat ini sebanyak 1,188 sekolah sudah memulakannya program itu.

Dalam aspek kejurulatihan pula, PESAKA menyasarkan antara 3,000 dan 4,000 jurulatih yang akan membantu menjayakan program itu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAiuHO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.