Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kastam Sasar Bayaran Balik Cukai Input GST Capai 85 Peratus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kastam Sasar Bayaran Balik Cukai Input GST Capai 85 Peratus

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ini merupakan susulan peningkatan bayaran balik ITC kepada perniagaan yang mencecah 80 peratus pada tahun lepas berbanding 67 peratus pada 2015, hasil kecekapan pegawai serta kualiti borang yang dikembalikan oleh syarikat terbabit.

“Kami mengambil langkah untuk memastikan bayaran balik itu dapat dilakukan dalam tempoh 14 hari,” katanya kepada pemberita bersempena program Persidangan GST Kebangsaan 2017 selama dua hari, di sini hari ini.

BACA: Kastam sasar kutipan GST RM3 bilion menerusi Ops CBOS 3.0 – Khazali

BACA: Kastam sasar 30 minit selesai masalah gangguan sistem maklumat

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz, menyampaikan ucaptama pada persidangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Khazali berkata bagi mencapai sasaran itu, Jabatan Kastam akan melaksanakan strategi mesra pelanggan iaitu ‘makluman pematuhan’ berbanding penguatkuasaan serta tindakan penghukuman sebelum ini yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan usaha meningkatkan aspek pematuhan.

Menurutnya, strategi itu yang merupakan sebahagian daripada operasi Strategi Lautan Biru Kastam (OPS CBOS), dilaksanakan menerusi kunjungan secara bersemuka ke premis perniagaan terbabit untuk memberi nasihat dan perkara berkaitan GST.

Malah, perniagaan itu turut diberi tempoh 30 hari untuk memperbetulkan kesilapan berbanding 14 hari sebelum ini.

Khazali berkata sebaik selesainya Fasa 1 OPS CBOS itu, Jabatan Kastam dapat mengesan cukai tidak diisytiharkan berjumlah RM800 juta dan berjaya memperolehi lebih RM500 juta.

Fasa 1 OPS CBOS telah dilancarkan bagi tempoh antara 1 Sept dan 31 Dis, 2016 yang membabitkan kira-kira 50,000 syarikat selain pilihan secara rambang bagi memastikan mereka yang mendaftar bagi GST itu memahami sepenuhnya undang-undang serta peraturan cukai berkenaan.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Othman berkata Jabatan Kastam akan terus mengadakan program kesedaran dan pendidikan GST, tahun ini.

Pada 2016, jabatan itu melaksanakan sejumlah 6,547 program merangkumi 1,231 untuk pihak industri; 775 bagi agensi kerajaan dan 4,541 untuk orang awam.

“Usaha ini beserta insiatif lain seperti program bimbingan, penerbitan garis panduan serta mewujudkan pusat maklumat adalah antara langkah diambil jabatan ini untuk mendidik dan menerapkan budaya pematuhan tinggi dalam kalangan pembayar cukai serta orang ramai secara amnya,” katanya.

Pada masa ini, sejumlah 435,000 syarikat mendaftar untuk GST berbanding 430,000 pada Disember tahun lepas, katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mH3Pde

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.