LTDL: Laluan Sekitar Lembah Kelang Terlibat, Pengguna Jalan Raya Diminta Rancang Perjalanan
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup pada Rabu (1 Mac) bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL).
Penutupan jalan itu melibatkan perlumbaan peringkat kelapan sejauh 121 kilometer dari Setiawangsa ke Putrajaya.
Bermula di Setiawangsa, pelumba akan menggunakan laluan Jalan Setiawangsa, Jalan Jelatek, Jalan Ampang, Jalan Taman Putra, Jalan Hulu Langat, Jalan Sungai Tekali, hinggga ke Jalan Sungai Lalang berdekatan Empangan Semenyih dan seterusnya ke Pekan Semenyih.
Pelumba seterusnya akan melalui Jalan Semenyih, Persiaran Tasik Kesuma, seterusnya ke Jalan Bangi Lama.
Sejurus merentasi kawasan Bangi melalui Jalan Bangi, pelumba akan merentas laluan menyeberangi Sungai Langat melalui Jalan Abu Bakar Baginda, Jalan Haji Yusoff, Jalan Aman, dan Jalan Ayer Hitam memasuki kawasan Putrajaya.
Sementara itu di Putrajaya, pelumba akan terus berkayuh di laluan Jalan P14, Lebuh Perdana Timur, Lebuh Perdana Selatan, sebelum memasuki pusingan di Lebuh Wadi Ehsan, Jalan Tun Hussein, dan Lebuh Bestari.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan ketika perlumbaan tersebut berlangsung dan diminta memberi kerjasama bagi menjayakannya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2liVuLQ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment