Hi! Welcome Back and Stay Tune! Operasi Label Bahan Berasaskan Babi, Anjing Minggu Depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Operasi Label Bahan Berasaskan Babi, Anjing Minggu Depan

Spread the love

KOTA TINGGI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang masih gagal melabelkan berus berasaskan babi atau anjing bermula minggu depan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian bermula 9 Feb lepas.

“Maknanya minggu depan kita akan mulakan operasi untuk melihat semua peniaga mengikut apa yang telah kita arahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Point Fair Price di Kompleks Bersepadu Pengerang, dekat sini hari ini.

Hamzah berkata peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing) 2013.

Pada 9 Feb lalu, peniaga telah diberi masa sebulan untuk meletakkan label pada berus berkenaan termasuk mengkhususkan produk yang dibuat daripada bahan berasaskan babi atau anjing.

Pada satu sidang media sebelum ini, Hamzah berkata memadai bagi peniaga meletakkan label “Produk Bulu Haiwan” pada produk berkenaan.

Mengulas isu lain, beliau berkata kementeriannya menyasarkan penubuhan purata 3,000 kedai harga patut di seluruh negara setahun.

Sehingga kini terdapat 3,000 kedai harga patut di seluruh negara. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l84XKv

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.