Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Xperia XZs Dan XZ Premium Hadir Dengan Skrin 4K, Snapdragon 835 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Xperia XZs Dan XZ Premium Hadir Dengan Skrin 4K, Snapdragon 835

Spesifikasi Sony Xperia XZs Dan XZ Premium Malaysia

Nampaknya bukanlah Samsung Galax S8 yang menjadi peranti terawal menggunakan Snapdragon 835 sebaliknya peranti perdana dari Sony iaitu Sony Xperia XZ Premium  yang baru sahaja dilancarkan menggunakan cip berkuasa tersebut.

Pada tahun lepas, Sony telah melancarkan Sony Xperia XZ yang kini di pasaran Malaysia dengan harga RM2699. Tahun ini, Sony memperkenalkan Sony Xperia XZs dan Sony Xperia XZ Premium bagi mengemaskini siri Xperia XZ tersebut.

Sony Xperia XZ Premium – Skrin 5.5″ UHD, Cip Snapdragon 835, 19MP Kamera

Spesifikasi Sony Xperia XZ Premium Malaysia

Industri telefon pintar dikejutkan sekali lagi apabila Sony melancarkan satu lagi model dengan resolusi 4K. Kali pertama dilancarkan pada dua tahun lalu pada model Sony Xperia Z5 Premium. Untuk model baru ini ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5 inci. Selain menggunkan resolusi 4K, kini Xperia XZ Premium juga menyokong paparan HDR dengan resolusi 4K yang tidak terhad pada paparan gambar dan video sahaja seperti model Z5 Premium sebelum ini. Namun untuk aplikasi pihak ke-3 termasuk Games akan di-render pada resolusi HD1080P.

Di bahagian dalamnya, smartphone premium ini membawakan cip berkuasa Snapdragon 835, 64 GB memori terbina serta 4 GB RAM. Kad microSD juga boleh digunakan yang boleh menampung sehingga 256GB. Ia juga hadir dengan bateri berkapasiti 3230 mAh dengan fungsi Quick Charge 3.0.

Untuk kamera, Sony masih lagi mengekalkan penggunaan komsep kamera tunggal di bahagian belakangnya dengan lensa 19 Megapixel, Aperture F2.0, PDAF, Laser Autofokus dan sokongan rakaman video 4K. Menariknya, XZ Premium berkebolehan merakam video gerak perlahan 960fps pada resolusi HD720p. Kamera hadapan untuk Selfie pula dimuatkan dengan lensa 13 Megapixel.

XZ Premium juga membawakan ciri-ciri kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP68 dimana ia boleh berada 1.5 meter dibawah paras air selama 30 minit. Peranti dengan platform Android 7.1 Nougat ini juga hadir dengan sokongan NFC, USb Type-C dan pengimbas cap jari yang terletak di sisinya.

Sony Xperia XZs – Skrin 5.2″ FHD, Cip Snapdragon 820, 19MP Kamera

Spesifikasi Sony Xperia XZs Malaysia

Sony Xperia XZs masih lagi dikelaskan sebagai peranti High-End atau model perdana. Namun beberapa spesifikasinya telah direndahkan berbanding XZ Premium. Ia hadir dengan skrin 5.2 inci dengan resolusi HD1080P. Peranti ini juga memiliki ciri ciri kalis air dan debu (IP68).

Prestasinya masih lagi bergaya dengan menggunakan CPU Snapdragon 820, 4 GB RAM serta pilihan memori 32GB atau 64GB. Kameranya menggunakan sensor yang sama yang terdapat pada XZ Premium dengan kamera utama 19 Megapixel, F2.0 serta kamera selfie 13 Megapixel. Antara spesifikasi lain yang hadir termasuk bateri dengan kapasiti 2900 mAh, pengimbas cap jari dan USB Type C.

Harga Sony Xperia XZs Dan XZ Premium di Malaysia

Buat masa ini Sony masih lagi belum mendedahkan tarikh juala serta Harga rasmi untuk kedua-dua peranti ini. Di Malaysia Sony Xpera XZ telah dijual pada harga RM2699 untuk pasaran tempatan. Bagi harga Sony Xperia XZs kami menjagkakan harganya juga sekitar RM2699 memandangkan kedua-dua peranti ini memiliki spesifikasinya yang hampir sama. Bagi Sony Xperia XZ Premium pula sudah tentulah harganya menjangkau RM3000 apabila di pasaran Malaysia kelak.

The post Sony Xperia XZs Dan XZ Premium Hadir Dengan Skrin 4K, Snapdragon 835 appeared first on Mesra Mobile.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m88qbO



✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.