Dulu Hamil Berat Naik 30 Kg, Sekarang Baru 13 Kg – Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani akui tubuhnya ketika hamil anak kedua berbeza daripada kehamilan pertama.
Lisa Surihani yang kini hamil tujuh bulan berkata jika dahulu berat badannya naik sehingga 30 kilogram (kg), tetapi kini di trimester ketiga dia hanya naik 13 kg.
“Ketika saya hamil yang pertama dahulu, berat saya cecah sehingga 30kg, sekarang setelah tujuh bulan hamil berata saya baru naik 13kg.
“Tapi saya tidak tahulah bagaimana nanti bila di akhir kehamilan, mungkin boleh naik banyak lagi. Saya pun tak pasti.
“Namun apa yang pasti kehamilan kali ini, saya lebih aktif berbanding dahulu,” katanya kepada Astro Gempak
Tambah Lisa, untuk kehamilan kali ini dia mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan aktiviti harian.
“Kalau hendak berkata tentang tips kehamilan tu susah sedikitlah kerana setiap wanita lalui perubahan hormon yang berbeza-beza.
“Tetapi bagi saya, apa yang penting adalah penjagaan pemakanan. Bila hamil kita akan mengidam pelbagai makanan.
“Boleh makan sahaja apa yang kamu mahu tetapi ambillah dalam kuantiti sedikit dan jangan berlebihan dalam apa sahaja yang diambil.
“Sebagai contoh, jika anda mahu minum kopi minum lah secawan sahaja jangan sampai tujuh cawan pula.
“Dari segi aktiviti atau senaman, saya pun tidak suka kalau ibu hamil ini memaksa badannya untuk membuat sesuatu.
“Anda tahu badan anda, jadi lakukan aktiviti yang tidak menyakitkan. Macam saya, saya sempat melakukan pilates untuk ibu hamil ketika trimester pertama.
“Pilates memang menyamankan, saya menggalakan untuk ibu hamil melakukan senaman ini,” katanya lagi.
Lisa yang berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Yahaira Leanne,1.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzGqLt✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment