Bot Untuk Guru Sabah Berkidmat Di Pulau
Spread the love
SEMPORNA – Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan bot untuk guru-guru di daerah ini yang berulang-alik dari tanah besar ke sekolah masing-masing di kawasan pulau.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan dan kesejahteraan para guru yang banyak melahirkan modal insan berjaya demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.
Beliau berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Warga Pendidik Daerah Semporna di Dewan Bugaya di sini kelmarin yang dihadiri lebih 2,000 guru dan pemimpin tempatan.
Katanya, permintaan kemudahan bot itu disuarakan para guru di daerah ini yang telah mencatatkan prestasi akademik pelajar membanggakan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Terdahulu, Musa berkata Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha mendengar dan menyelami keperluan semua lapisan rakyat termasuk di Semporna dalam pelbagai aspek khususnya pembangunan.
“Di Semporna kita buat Pasar Sejahtera dan Kompleks Sukan semuanya untuk rakyat,” kata Musa.
Pada majlis itu Musa turut menyerahkan Insentif Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 10 buah sekolah rendah bernilai RM50 ribu sebagai galakan kepada sekolah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu. – BERNAMA
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment