Hi! Welcome Back and Stay Tune! MRT Corp Terima Empat Keretapi Terakhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MRT Corp Terima Empat Keretapi Terakhir

Spread the love

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) menerima penghantaran terakhir untuk 58 keretapi elektrik yang akan digunakan bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, penghantaran empat keretapi itu merupakan pencapaian yang besar sebelum laluan SBK dijadualkan siap sepenuhnya pada Julai 2017.

“Penghantaran telah berlangsung pada petang 21 Februari 2017 dan berlanjutan sehingga lewat pagi keesokan harinya dengan penurunan keretapi di Depoh MRT Sungai Buloh.

“Keempat-empat gerabak keretapi telah dihantar dari kilang pemasangan keretapi metro SMH Rail Sdn. Bhd. di Rasa, Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

K Shahril berkata, kilang milik tempatan itu merupakan kilang pertama di luar Eropah dan satu-satunya di Asia Tenggara yang disahkan oleh Siemens untuk mengendalikan pemasangan lengkap keretapi metro.

Jelas beliau, kesemua 58 keretapi elektrik Laluan SBK dibekalkan oleh sebuah konsortium merangkumi Siemens AG dari Jerman, Siemens Malaysia Sdn Bhd dan SMH Rail Sdn Bhd dengan nilai kontrak RM1.37 bilion. -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzH2Rd

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.